Pada 3 Februari lalu, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang lelaki pada jam 11:45 malam di balai polis Mantin selepas dia menyedari bahawa kereta jenis Perodua Alza miliknya telah hilang. Pemuda yang merupakan seorang kontraktor berkenaan mendakwa bahawa dirinya telah meletakkan kenderaannya pada tempat letak kereta yang biasa digunakannya.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata bahawa lelaki terbabit mendakwa bahawa dirinya telah meletakkan kereta dan menguncinya di tempat letak kereta berdekatan dengan Flat Seri Pajam, Mantin pada jam 7:30 malam.

Jeffry Jilan

Walau bagaimanapun, sekembalinya dia ke rumah lebih kurang jam 10:30 malam, dia mendapati bahawa keretanya telah tiada.

Dalam keadaan panik, dia bergegas membuat laporan polis. Tidak dapat dinafikan bahawa sesiapa sahaja yang berada di tempatnya juga pasti akan berasa panik. Namun syukurlah pihak polis berjaya menemukan keretanya semula kurang daripada 24 jam!

Apa yang berlaku sebenarnya adalah, kereta lelaki tersebut tidak dicuri tetapi dia sebenarnya terlupa bahawa dia telah meletakkan keretanya di rumah majikannya, kira-kira 7 kilometer daripada rumahnya.

myMetro

“Keretanya tidak dicuri. Dia cuma terlupa lokasi dia meletakkan kereta. Insiden ini berlaku apabila dia memandu kereta pejabat ke tempat kerja dan meninggalkan keretanya di rumah majikannya,” jelas Mohd.

Kontraktor berkenaan kemudian menumpang kereta teman sekerjanya untuk pulang, sekaligus terlupa akan Alza birunya itu. dia juga langsung tidak terfikir bahawa keretanya berada di tempat letak kereta berdekatan dengan rumah majikannya sehinggalah insiden ‘kecurian’ keretanya itu tular di aplikasi Whatsapp setelah dia meminta bantuan rakannya di platform berkenaan.

Pemuda terbabit kemudian meminta maaf kepada pasukan polis kerana telah membuat laporan polis secara tergesa tanpa mencari dahulu keretanya. Untuk pengetahuan anda, insiden sebegini bukanlah kali pertama yang berlaku di daerah itu untuk tahun ini.

Sebelum ini, sudah 3 laporan polis dibuat berkaitan dengan kecurian kereta tetapi sebenarnya pemilik kereta berkenaan yang terlupa lokasi kereta mereka diletakkan.

“Kami ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa ingat lokasi anda meletakkan kenderaan. Tangkap gambar lokasi kereta diletakkan bersama dengan sebarang tanda agar ia memudahkan anda sekaligus mengelakkan perkara sebegini berlaku lagi.”

Sumber: myMetro

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular