Serpihan pesawat yang membawa pemain bola sepak Liga Perdana, Emiliano Sala dan juruterbangnya telah ditemui, menurut saintis laut yang mengetuai misi carian tersebut pada hari Ahad, lapor The Star.

Sky Sports

Menurut laman Sky Sports, serpihan pesawat itu telah ditemui di dasar laut yang terletak di Selat Inggeris.

Pemain berusia 28 tahun yang berasal dari Argentina itu dilaporkan sedang dalam perjalanan dari Nantes di Perancis barat dengan juruterbang David Ibbotson apabila pesawat itu dipercayai terjunam ke laut pada 21 Januari.

Yahoo

Newslocker

Satu pencarian di bawah laut yang dibiayai secara persendirian telah bermula pada hari Ahad, iaitu beberapa hari selepas penyiasat mengatakan bahawa mereka menemui dua buah kusyen tempat duduk di pantai Perancis yang mungkin milik pesawat berkenaan.

“Serpihan pesawat yang membawa Emiliano Sala dan diterbangkan oleh David Ibbotson ditemui awal pagi ini,” kata saintis marin David Mearns di laman Twitter.

Sky Sports

Mearns berkata, Air Accidents Investigation Branch (AAIB) telah mengalihkan kapalnya ke atas kedudukan yang telah dikenal pasti secara visual yang menggunakan alat kawalan jauh.

Sumber: The Star, Sky Sports

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds