‘Polar vortex’ atau pusaran kutub merupakan fenomena yang dipercayai berpunca daripada pusingan udara sejuk artik yang biasa mengelilingi Kutub Utara. Dikatakan mereka yang terdedah kepada suhu sejuk ekstrem ini berisiko mengalami reput fros atau luka beku dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Menyedari akan bahaya apabila berada di luar dalam keadaan sejuk seperti itu, Candice Payne, 34 bermurah hati membayar bil bilik hotel untuk menempatkan gelandangan.

candicepayne_ | Instagram

Menurut CBS Chicago, Candice Payne membuat tempahan 20 bilik hotel dengan menggunakan kad American Express miliknya selepas menyedari betapa bahaya suhu sub-sifar pada minggu ini bagi golongan gelandangan di Chicago.

“Ia sangat sejuk dan sangat berbahaya! Saya telah menempah 30 bilik hotel untuk gelandangan. Perlukan bantuan untuk membawa mereka ke sana, beritahu sesiapa yang mempunyai van penumpang, saya akan bayar anda untuk membantu!” Catatan Candice Payne di Instagram.

candicepayne_ | Instagram

Katanya lagi, “Jika anda hendak memberikan sumbangan sebuah bilik hotel dan makanan itu hanyalah 70.00 untuk sebuah bilik sehari.”

Gelandangan berkhemah di sebuah bandar khemah apabila salah satu tangki gas yang mereka gunakan meletup kerana terlalu dekat dengan ruang pemanas.

Menurut Candice Payne, mereka kerap melalui kawasan perkhemahan gelandangan yang mana terletak berdekatan dengan Roosevelt Road dan Des Plaines Avenue. “Kami mahu seramai yang boleh keluar dari sana secepat mungkin.” katanya.

“Ia tidak banyak tetapi untuk mengeluarkan mereka daripada sejuk, memberi mereka makan dan memberi mereka pakaian bersih yang hangat adalah permulaan,” kata Candice Payne, seorang pelabur hartanah di 5th Group Realty.

ian bremmer | Twitter

Ketika itulah sukarelawan lain melangkah masuk dan menawarkan untuk membayar bilik hotel untuk kumpulan itu, yang dilaporkan lebih dari 100 orang.

Kata Candice Payne, mungkin mereka tidak tahu cara atau di mana untuk mula membantu jadi dengan usaha pertamanya itu telah membuka peluang untuk orang lain turut sama membantu.

Keseluruhannya, 60 buah bilik hotel di Amber Inn telah dibayar, di mana hanya itulah tempat yang mampu Candice Payne dan suaminya sediakan untuk menempatkan golongan gelandangan tersebut. Penyambut tetamu hotel itu berkata kumpulan gelandangan sekitar 120 orang itu telah memenuhi hampir semua bilik hotel.

“Memang bagus apabila dapat keluar daripada kesejukan,” kata Asia Walker seorang gelandangan perempuan.

Robert, salah seorang gelandangan yang turut menerima bantuan tersebut berkata Candice Payne seperti malaikat. Mereka mendengar tentang perkara itu di berita dan di tempat lain tetapi kali ini mereka dapat merasai sendiri pengalaman itu. “Saya benar-benar ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua kerana telah membantu golongan seperti kami.” kata Robert.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular