CHINA – Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang berasal dari bahagian Timur Utara wilayah Fujian difahamkan telah dijual dengan harga 120,000 yuan (kira-kira RM72,000) oleh kedua ibu bapa kandungnya pada tahun lalu, kini telah berada diletakkan di bawah jagaan datuknya.

Weibo

Menurut laporan Beijing Youth Daily, seorang pegawai polis dari bandar Jinjian baru-baru ini telah memulangkan semula kanak-kanak berkenaan selepas budak itu dijumpai bersama dengan pasangan yang membelinya pada bulan Januari lalu.

Budak lelaki tersebut sebelum ini telah dijaga oleh datuk dan nenek sebelah bapanya sejak dia berusia 8 bulan. Sehinggalah ibu dan bapanya datang melawat seperti biasa, namun turut membawanya bersama.

Pada bulan Disember, datuk berkenaan pergi melawat anaknya yang bersalah atas tuduhan berkaitan dengan dadah di penjara. Di sana, dia mendapat tahu akan keadaan cucunya yang telah dijual.

Pihak polis kemudian telah mengesan budak tersebut dan keluarga angkatnya pada bulan Januari. Keputusan ujian DNA yang dilakukan mengesahkan bahawa terdapat hubungan saintifik antara kanak-kanak terbabit dengan datuk itu.

“Macam manalah mereka boleh jadi begitu kejam? Saya dan isteri masih mampu lagi untuk menyaranya jika mereka tidak mampu. Tergamak mereka menjual darah daging sendiri?”, soal datuk itu yang sungguh kecewa dengan tindakan anak lelaki dan menantunya.

Setelah pihak polis menyoal siasat pasangan ibu bapa berkenaan, mereka mendapati bahawa lelaki itu dan isterinya telah bersetuju untuk menjual anak lelaki mereka kepada pasangan di sebuah taman di Jinjiang pada 17 Januari. Ibu bapa kanak-kanak itu yang telah berpisah, kemudian telah membahagikan wang hasil penjualan itu untuk mereka berdua, di mana masing-masing mendapat 60,000 yuan (kira-kira RM36,000).

“Pada lawatan terakhir pasangan itu, mereka berkata bahawa mereka berhak untuk menentukan hidup anak mereka sendiri. Sebelum ini, mereka sering membawa keluar anak mereka itu tetapi akan membawa pulang semula pada waktu malam”, cerita datuk berkenaan. Ibu bapa kanak-kanak itu kini berhadapan dengan dakwaan jenayah, sementara pembelinya pula telah ditahan oleh polis.

Kisah ini bukanlah kisah yang pertama kali dilaporkan berlaku di daerah Jinjian kerana pada bulan Ogos, seorang ibu telah menjual bayinya yang berusia 7 bulan dan anak keduanya dengan harga 50,000 yuan (RM30,000). Alasannya adalah kerana dia terlalu letih untuk membesarkan dua orang anak”, lapor Sanqin Daily.

Insiden baru-baru ini telah mendapat perhatian orang ramai berkaitan dengan isu pemerdagangan kanak-kanak dan sindiket pengambilan anak angkat secara haram. Ternyata ia sangat membimbangkan sehingga ramai yang telah menyuarakan pendapat agar pesalah diberikan hukuman berat. “Apa yang bakal dilakukan oleh ibu bapa setelah dibebaskan kelak? Adakah tindakan memberikan hak penjagaan kepada datuk dan nenek itu satu tindakan yang bagus?”, tanya seorang pengguna Weibo.

Di bawah undang-undang China, untuk kesalahan melibatkan isu pemerdagangan wanita dan kanak-kanak lazimnya akan dikenakan penjara selama 5-10 tahun. Dalam lain-lain kes, pihak mahkamah juga ada menjatuhkan hukuman bunuh. Untuk rekod, China merupakan negara kedua tertinggi di dunia dengan isu pemerdagangan kanak-kanak, di mana pesalah kebiasaannya bersalah atas penglibatan dengan pengambilan anak angkat secara haram.

Namun tiada rekod rasmi dikeluarkan oleh kerajaan, namun Kementerian Keselamatan Awam berkata sebanyak 538 orang kanak-kanak dilaporkan hilang pada tahun lalu. Angka berkenaan mencapai rekod teringgi pada tahun 1990, iaitu seramai 3,4000 orang, berdasarkan kepada analisis data yang dijalankan oleh kementerian berkenaan.

Saat seorang datuk disatukan semula dengan cucu kesayangannya:

澎湃新闻 | YouTube

Sumber: South China Morning Post

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular