Sepasang pengantin bercerai beberapa minit selepas diijab kabul yang berpunca daripada pengantin lelaki memanggil pasangannya bodoh.

Insiden yang dilaporkan berlaku awal minggu ini di Kuwait City menjadi tular di media sosial Twitter dan telah menarik perhatian ramai orang.

Twitter

Menurut laporan Portal Q8 News, kedua-dua mempelai memutuskan untuk berpisah, sebelum keluar dari kamar mahkamah di mana mereka baru sahaja menandatangani dokumen perkahwinan mereka.

Pengantin perempuan dikatakan berasa kecewa selepas pengantin lelaki bertindak menghinanya kerana tersandung kaki semasa berjalan keluar dari kamar mahkamah.

Pengantin lelaki bukannya menghulur tangan sebaliknya memanggil pasangannya bodoh. Tindakan pengantin lelaki tersebut telah menimbulkam kemarahan wanita itu yang masuk semula ke kamar mahkamah dan menuntut perceraian.

Insiden tersebut digelar sebagai “perceraian paling cepat di Kuwait.” Insiden tersebut juga telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya menyokong keputusan yang dibuat oleh pengantin perempuan.

Sumber: Astro Awani

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP GLOBAL

Video Popular