Hawaii sedang mempertimbangkan menaikkan usia minimum untuk membeli rokok secara sah sehingga 100 tahun. Menerusi satu rang undang-undang baharu yang telah dicadangkan oleh parti Demokrat, Richard Creagan, usia dibenarkan merokok akan meningkat antara tahun 2020 hingga tahun 2024.

ABS-CBN News/Gambar Hiasan

Difahamkan bahawa ia melalui badan perundangan negeri, selain memerlukan pandangan dan suara serta tindak balas daripada wakil syarikat tembakau untuk menjadi undang-undang negara.

Walau bagaimanapun, rokok elektronik, tembakau kunyah dan cerut tidak termasuk di dalam rang undang-undang berkenaan. Dr. Creagan, yang merupakan seorang doktor bilik kecemasan sebelum beliau dipilih sebagai wakil negeri pada tahun 2014, menggelar rokok sebagai ‘artifak paling berbahaya dalam sejarah manusia’ dalam rang undang-undang berkenaan.

Pada bulan Januari 2017, Hawaii menjadi negeri pertama di Amerika Syarikat yang meningkatkan umur sah untuk merokok kepada 21 tahun. Manakala rata-rata negeri di Amerika Syarikat yang lain, penduduknya boleh merokok pada umur 18 atau 19 tahun.

Washington Times

Rang undang-undang berkenaan, HB 1509, mencadangkan agar umur sah merokok harus dinaikkan kepada 30 tahun pada tahun 2020, 40 tahun pada tahun 2021, 50 tahun pada tahun 2022, 60 tahun pada tahun 2023 sehinggalah pada tahun 2024 di mana seseorang perlu mencapai umur 100 tahun untuk membeli rokok.

Beliau memberitahu Hawaii Tribune-Herald bahawa ‘industri yang jahat’ telah mereka cipta rokok sebagai bahan mudah menyebabkan ketagihan walaupun mereka jelas tahu ia mengundang kepada bahaya dan boleh membawa maut.

Rokok elektronik pula tidak termaktub dengan rang undang-undang berkenaan kerana beliau percaya bahawa ia adalah lebih selamat berbanding dengan rokok biasa – walaupun Institut Kanser Kebangsaan telah memberi amaran bahawa semua produk tembakau adalah berbahaya dan menjadi penyebab kepada kanser.

Perokok cerut dan perokok biasa mempunyai tahap risiko untuk memiliki kaviti oral dan barah oesophageal yang sama. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di Amerika Syarikat mengatakan bahawa merokok adalah penyebab utama penyakit dan kematian yang dapat dicegah di negara ini.

Kira-kira setengah juta orang di Amerika Syarikat meninggal dunia setiap tahun disebabkan oleh keadaan yang berkaitan dengan tabiat merokok.

Sumber: BBC News

Maybe you're interested :

Share

Video Popular