Seorang wanita yang berasal dari Arizona, bernama Sunny Pettis Lutz berjaya menghasilkan lantai daripada kepingan potongan kayu di rumahnya, dan sudah tentu ia berjaya dihasilkan dengan bantuan suaminya. Sunny difahamkan menggunakan potongan kayu yang terdiri daripada dahan Shaggy Bark Juniper dan Alligator Bark Juniper.

Sebelum memulakan kerja-kerja mengutip kayu untuk dibuat lantai di rumah, Sunny menasihati orang ramai agar mendapatkan permit dahulu (bergantung kepada undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan di negara masing-masing).

Selain itu, anda perlu menjalankan sedikit kajian tentang penggunaan kayu yang sesuai untuk rumah anda. Berikut merupakan langkah-langkah untuk menjalankan kerja-kerjanya:

#1. Potong dahan menggunakan gergaji dalam ketinggian 1 inci

Kredit: Cordwood Construction

#2. Hanya gunakan potongan yang bersih dan dalam keadaan yang baik sahaja. Pilih betul-betul

Kredit: Cordwood Construction

#3. Dengan menggunakan ‘belt sander’ (pelicin permukaan), licin dan gilap kedua-dua belah permukaan potongan dahan yang telah dipilih tadi. Setelah itu, jangan lupa pula untuk membersihkan permukaan konkrit ya. Senang sahaja, sapu dan mopkan.

Kredit: Cordwood Construction

#4. Susun potongan dahan tersebut pada permukaan lantai konkrit. Pastikan susun atur potongan dahan itu rapat antara satu sama lain.

Kredit: Cordwood Construction

#5. Kemudian gam menggunakan gam pelekat Loctile PL Premium Construction Adhesive.

Kredit: Cordwood Construction

#6. Gunakan semula belt sander untuk melicin dan merata serta menggilap permukaan potongan dahan tersebut.

Kredit: Cordwood Construction

#7. Sapukan salutan ‘polyurethane’ pada bahagian luar kepingan dahan yang telah digamkan pada lantai.

Kredit: Cordwood Construction

#8. Campurkan 80% ‘tile grout’ dan 20% daripada habuk kayu lalu isikannya di antara kepingan kayu berkenaan. Kemudian, sapukan lagi 2-3 lapisan bagi mengelakkan grout tadi melekat ke bahagian lain. Siap!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular