Mereka kadang kala bersikap malas, sedikit gempal dan lazimnya comel tetapi kadang kala menjengkelkan. Namun, jangan salah sangka kerana kami tidak membicarakan tentang suami ataupun teman lelaki anda ya sebaliknya kami sedang berkata tentang kucing peliharaan anda.

Walaupun kucing tidak berjaya diangkat sebagai teman baik kepada manusia, tetapi ia berjaya ‘menakluki’ hati kita semua. Ini dapat dibuktikan dengan terdapat pelbagai meme GIFs, video yang bertemakan kucing di internet. Memang lucu!

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa keinginan untuk bermanja dengan kucing agak sukar untuk ditolak dan hal ini menyebabkan, ia telah menjadi inspirasi buat kebanyakan individu yang kreatif. Dengan menggunakan aplikasi Photoshop, kucing ‘diangkat’ menjadi kucing gergasi.

Konsep dan idea asal penghasilkan gambar-gambar berikut datang daripada seorang pengguna Instagram dari Indonesia, @fransditaa yang digelar projek ‘Catzilla’ dan bahkan ia turut dimuat naik di laman Facebook Cats Pakistan. Hasilnya amat lucu dan tidak hairanlah ia menjadi bualan orang ramai.

Cuba anda lihat gambar-gambar ini:

#1.

#2.

#3.

#4.

#5.

#6.

#7.

#8.

#9.

#10.

#11.

#12.

#13

#14.

Sumber: Elite Reader, Cats/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds