Salah satu rangkaian gedung beli-belah gergasi di Malaysia, Parkson Group, telah memutuskan untuk menutup cawangannya di Suria KLCC selepas dua dekad beroperasi.

Dalam satu notis di laman Facebook semalam, pengendali cawangan itu berkata Parkson cawangan Suria KLCC akan mengadakan “jualan sempena perpindahan” sehingga 17 Februari, dengan menekankan bahawa “segala-galanya mesti dijual.”

The Star

Cawangan Parkson yang mengambil ruang tiga tingkat dengan 126,000 kaki persegi itu mula dibuka pada tahun 1998 dan merupakan salah satu penyewa Suria KLCC yang paling awal. Bagaimanapun, pihak Parkson tidak dapat menjawab soalan daripada pihak StarBiz tentang sebab penutupannya.

Menurut The Star, seorang pemerhati industri yang tidak mahu dikenali berkata bahawa Suria KLCC sentiasa mencari peluang untuk mempelbagaikan penyewa dan mahu mendapatkan semula ruang yang disewa oleh Parkson.

“Dari apa yang saya faham, Parkson tidak mahu keluar dan ingin kekal berada di Suria KLCC.”

Parkson kini mempunyai lebih daripada 100 premis di rantau ini dan lebih 40 premis di Malaysia, yang berjumlah lima juta kaki persegi.

HakeemAnas/Twitter

Tahun lepas, syarikat itu menutup premisnya di Maju Junction, seluas 220,000 kaki persegi. Cawangan Parkson itu adalah penyewa utama pusat beli-belah itu dan mula beroperasi di lokasi itu pada tahun 2014.

Selain itu, Parkson Group juga telah menutup cawangannya di Plaza Sungei Wang seluas 107,000 kaki persegi yang dibuka pada tahun 1987, serta cawangan Parkson Flemington di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam.

Berikutan penutupan itu, jurucakap syarikat telah dipetik oleh StarBiz sebagai berkata bahawa penutupan itu perlu kerana perubahan dinamik pasaran.

Sumber: The Star

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds