INDIA – Seekor harimau bintang bertindak ganas dengan menyerang beberapa orang penduduk di kampung Lamba Pind yang terletak di bahagian utara India dan mencederakan sekurang-kurangnya enam mangsa.

AFP

Dalam kejadian yang berlaku pada Khamis lalu, harimau bintang ini dikatakan menjadi panik lalu menyerang sesiapa sahaja yang berada di laluannya. Penduduk kampung cuba untuk menangkap haiwan liar itu namun gagal.

Associated Press

Bagaimanapun, setelah beberapa kali percubaan, harimau bintang ini akhirnya berjaya ditangkap selepas ditembak dengan ubat pelali namun akhirnya tetap melepaskan dirinya.

Harimau bintang itu kemudiannya terpaksa diberikan ubat pelali ketiga dan akhirnya berjaya ditangkap. Operasi yang berlangsung selama 10 jam ini kemudiannya ditamatkan apabila haiwan itu dibawa ke zoo berdekatan bagi melakukan pemeriksaan lanjut.

The Straits Times

Menurut laporan Mirror, orang ramai telah menyedari kewujudan harimau bintang itu yang dikatakan sedang menyorok di dalam sebuah bangunan. Setelah aduan dimaklumkan kepada pihak berkuasa, seluruh penduduk kampung kemudian melancarkan cubaan untuk menangkap haiwan itu.

mStar

Tindakan ini membuatkan haiwan itu mengganas di samping cuba untuk melarikan diri daripada kawasan tersebut. Ramai penduduk yang mengalami kecederaan ringan akibat insiden ini.

mStar

Berdasarkan sebuah video yang menular, dapat dilihat dengan jelas beberapa penduduk kampung yang digigit, diseret dan diterkam namun tiada sebarang kes melibatkan kehilangan nyawa dilaporkan.

Detik-detik kejadian tersebut:

Viral Press | YouTube

Sumber: Sinchew , The Straits TimesViral Press | YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL VIDEO

Video Popular