Bak Kwa merupakan satu hidangan tradisi yang sering dinikmati semasa perayaan Tahun Baru Cina. Tetapi memandangkan kita hidup di Malaysia yang penuh dengan kepelbagaian bangsa dan agama, kebanyakan makanan sesuatu kaum turut dijual dalam versi ‘halal’ bagi membolehkan penganut agama lain terutamanya Islam untuk merasai makanan tersebut.

Nathaniel Ong / Facebook

Kini, terdapat juga Bak Kwa halal yang diperbuat daripada daging atau ayam dan dijual secara atas talian pada harga yang berpatutan…

#1 Lolili’s Delights Halal Traditional Chinese Food and Bak Changs

Lolili’s Delights / Facebook

Lolili’s merupakan sebuah perniagaan yang diusahakan oleh pasangan suami isteri Cina Muslim dikenali sebagai Ah Lo Lo dan Ah Li Li. Meskipun perniagaan mereka tidak berskala besar, Lolili’s Delights menawarkan pelbagai jenis makanan tradisi Cina yang halal. Antaranya adalah lup cheong ayam, kee chang dan juga bak chor.

Harga bagi hidangan ini juga bergantung kepada saiznya. Bagi Bak Kwa daging atau ayam seberat 250 gram, harganya adalah sebanyak RM25 sahaja manakala RM 120 bagi sekilogram.

#2 Ikhwan Ng’s Halal Delight

Ikwan Ng’s Halal Delight / Facebook

Ikhwan merupakan seorang mualaf yang mula memeluk agama Islam ketika berusia 23 tahun. Ikwan Ng’s Halal Delight dikatakan mula terdorong untuk memulakan perniagaan menjual Bak Kwa halal selepas mendapat permintaan yang tinggi.

Terdapat beberapa peristiwa istimewa yang menjadikan hidangan Bak Kwa oleh Ikhwan digemari ramai. Antaranya perisa manis madu asli, kari hijau dan juga lada hitam.

Apa yang menjadikan hidangan tradisional Cina ini semakin mendapat tempat di hati pelanggan adalah Ikhwan langsung tidak menggunakan bahan pengawet! Anda juga boleh menikmati Bak Kwa di sini pada harga RM40 hingga RM45 bagi setiap 500 gram.

#3 Dendeng Station

Dendeng Station / Facebook

Dendeng Station merupakan satu perniagaan yang bertapak di Johor Bahru tetapi menerima tempahan serta melakukan perkhidmatan penghantaran Bak Kwa ke seluruh Malaysia!

Ketika awal penubuhan sekitar tahun 1999, perniagaan ini hanya beroperasi di kawasan pasar malam dan juga pasar tani. Setelah beberapa tahun, mereka mula membuka kedai pertama di Larkin Sentral.

Meskipun Bak Kwa yang dijual di Dendeng Station sangat murah iaitu di antara RM12 (120 gram) sehingga RM75 (1 kg), bahan-bahan yang digunakan untuk membuat hidangan ini sangat berkualiti tinggi.

#4 Little Apple

Huda Chew / Shopee

Bak Kwa yang dijual oleh Little Apple hanya boleh didapati di Shopee pada harga yang sangat berbaloi! Dengan hanya RM50, anda boleh mendapatkan 500 gram Bak Kwa yang lazat, tidak mempunyai pewarna serta halal. Jika berminat, anda boleh mencuba Bak Kwa Little Apple yang berperisa BBQ Madu Ayam ini.

#5 Restoran Norazlina Chong

Restoran Norazlina Chong / Facebook

Selain menjual Bak Kwa halal, restoran ini turut terkenal dengan hidangan itik panggangnya. Bak Kwa di restoran ini dikatakan hanya dijual secara bermusim seperti dalam bulan Ramadhan.

Bak Kwa dari restoran ini boleh didapati dari harga RM25 (250 gram) sehingga RM88 (1 kg). Anda juga boleh membuat tempahan secara atas talian dan menikmati hidangan ini pada bila-bila masa sahaja!

Sumber: SAYS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular