JAKARTA – Pentadbiran Nusa Tenggara Timur (NTT) di Indonesia telah mengumumkan rancangan mereka untuk menutup Taman Negara Komodo dalam jangka masa satu tahun daripada kunjungan para pelawat bagi tujuan pemuliharaan habitat dan meningkatkan populasi biawak komodo serta spesies rusa yang semakin berkurangan. Pengumuman itu telah dibuat oleh Gabenor NTT, Viktor Bungtilu Laiskodat pada 25 Januari yang lalu.

Kredit : Cocomy

Biawak Komodo adalah spesies cicak terbesar di dunia dengan ukuran panjang spesies ini antara 2 hingga 3 meter. Terdapat 20 spesies cicak gergasi di dunia, tetapi hanya biawak komodo yang mempunyai gigi dan kuku tajam berbisa di kakinya yang boleh merobek daging mangsa. Ekornya yang tebal dan keras mampu melibas mangsa, manakala kulitnya yang keras dan tebal adalah pelindung utama daripada ancaman musuh.

Kredit : Cocomy

Walaupun biawak komodo itu besar dan berat, tetapi dia haiwan yang tangkas. Biawak komodo boleh berlari sejauh 30 kilometer sejam. Biawak ini merupakan haiwan pembunuh nombor satu di dunia dengan bisa gigitannya adalah sama bisanya dengan bisa reptilia ular. Apabila biawak komodo telah menggigit mangsa, dia akan menunggu mangsanya mati dalam masa 24 jam dan selepas itu akan memakan bangkai mangsanya. Gigitan di giginya tidak berbisa, tetapi air liur biawak ini amat berbahaya kerana ia mengandungi 48 jenis bakteria yang mampu membunuh.

Kredit : Cocomy

Biawak komodo merupakan spesies haiwan yang dilindungi dan kewujudan habitatnya di Taman Negara Komodo, Indonesia menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia. Terdapat kira-kira 5,700 biawak komodo di Taman Negara Komodo, namun jumlah itu sebenarnya semakin berkurangan.

Kredit : Cocomy

Sumber makanan utama biawak komodo di Taman Negara Komodo ialah rusa yang membekalkan sebanyak 80 peratus atau 150 kilogram dagingnya sebagai makanan bagi biawak komodo. Akan tetapi jumlah rusa yang terdapat di Taman Negara Komodo semakin berkurangan akibat pemburuan haram oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

Kredit : Cocomy

Oleh kerana biawak komodo tidak mendapat sumber bekalan makanan utamanya yang semakin berkurangan, pihak pengurusan Taman Negara Komodo menjadi bimbang spesies ini akan membunuh sesama sendiri untuk mendapatkan sumber makanan. Dan akhirnya, spesies biawak komodo sendiri yang akan terancam.

Pihak pengurusan Taman Negara Komodo berkata, mereka akan menutup Taman Negara Komodo dalam jangka masa terdekat selama tempoh satu tahun bagi tujuan memulihara habitat biawak komodo dan juga rusa serta membaik pulih rantaian semula jadi makanan mereka.

Kredit : Wienda Parwitasari / Jakarta Post

Penutupan Taman Negara Komodo mungkin memberi sedikit kesan kepada pendapatan negara dalam sektor pelancongan, namun kerajaan Indonesia lebih komited untuk memulihara Taman Negara Komodo ini yang merupakan salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Sumber : The Jakarta Post, Cocomy

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds