Terima kasih kepada doktor yang baik hati yang ditemuinya dua dekad yang lalu, Arabella Garciano dari Bandar Tagbilaran di Cebu, Filipina berpeluang untuk hidup hingga ke hari ini.

Garciano memuat naik gambar dia memeluk Dr.Maribel Du, pakar bedah pediatrik dari Pusat Perubatan Universiti Cebu di Twitter dan berkongsi kisah menyentuh hati di sebaliknya.

Garciano sangat berterima kasih kepada Dr.Maribel yang baik hati kerana telah menyelamatkan nyawanya dahulu.

“17 tahun yang lalu, seorang bayi yang sakit memerlukan pembedahan kerana dia mempunyai cyst di dadanya. Ibu hanya mempunyai RM3.00 dalam dompetnya. Tetapi doktor ini tetap membedah bayi ini. Secara percuma.”

“Disebabkan itulah saya ingin menjadi seorang doktor. Saya perlu berkongsi kebaikan yang sama pernah saya terima.”

Twitter|Arabella

Menurut Garciano, ibunya tidak mampu untuk membayar kos pembedahan sewaktu dia kecil. Seperti yang kita sedia maklum, kos pembedahan tidaklah murah. Disebabkan itu, Dr.Maribel tidak dapat mengendahkan bayi yang mempunyai cyst di dadanya. Lalu dia menjalankan pembedahan secara percuma.

Mengenangkan memori lalu, Garciano mengabadikan gambar dia bersama doktor tersebut.

Twitter|Arabella

Garciano berharap dia dapat menjadi seorang doktor dan memberi sumbangan seperti yang dilakukan oleh Dr.Maribel terhadapnya dahulu. Garciano merancang untuk menuntut ilmu perubatan dan menjadi seperti penyelamatnya suatu hari nanti.

Tweet Garciano telah membuatkan ramai netizen tersentuh hati dengan kisahnya. Masing-masing memuji ketulusan hati Dr.Maribel yang telah melakukan jasa yang begitu besar. Mereka juga berterima kasih kepada Garciano kerana kesudiannya berkongsi kisah tersebut kepada orang ramai.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular