Kita sememangnya tahu bahawa populasi rakyat Malaysia yang berada di United Kingdom agak besar juga jumlahnya, lebih-lebih lagi di kota London. Berada di sana dalam jangka masa yang lama, terutamanya buat mereka yang menetap terus di sana pasti akan membuatkan mereka rindu akan santapan istimewa rakyat Malaysia iaitu nasi lemak.

Memikirkan hal itu, seorang pemuda kelahiran Malaysia, Duzy Norazamnas yang berusia 30 tahun telah mendapat idea untuk membuka restoran nasi lemak di luar negara.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini Duzy juga pernah mengusahakan perniagaan Nasi Lemak Ben-Seoul di Korea Selatan. Jadi, adalah tidak mustahil untuk Duzy mengembangkan lagi perniagaannya dengan membuka restoran nasi lemak pula di kota London.

Restoran itu diberi nama Restoran Nasi Lemak Nek Nong dan ia berjaya mendapat sambutan yang hangat, rata-rata daripada rakyat Malaysia di London secara amnya.

Nasi Lemak Nok Neng|Facebook

Menariknya, nasi lemak yang dijual di London sedikit berbeza dengan nasi lemak biasa di Malaysia, di mana menu utamanya adalah nasi lemak, disertakan dengan lauk pauk panas seperti rendang daging, sambal sotong dan kerang.

Nasi Lemak Nok Neng|Facebook

Difahamkan bahawa pelanggan restoran berkenaan bukan sahaja terdiri daripada rakyat Malaysia yang rindukan hidangan nasi lemak, malah menerima sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Brunei, Singapura dan juga Indonesia.

Sebenarnya, nama Nek Nong yang diberikan adalah bertitik tolak daripada nama panggilan ibu kepada Duzy, kerana dia inginkan keberkatan daripada ibu kesayangan dalam apa juga perkara yang dilakukannya.

Nasi Lemak Nok Neng|Facebook

Menurut Duzy, ibunya memainkan peranan yang besar dalam hidupnya, dengan mengajarnya memasak sekaligus mendorong minatnya untuk menjalankan perniagaan.

Selain daripada itu juga, resipi nasi lemak ini juga turut diwarisi daripada ibunya. Jadi, keenakan rasa nasi lemak berkenaan memang tiada tandingannya.

Nasi Lemak Nok Neng|Facebook

Duzy bercita-cita untuk mempromosikan lagi nasi lemak di seluruh dunia agar masyarakat dunia tahu akan kelazatan dan keunikan rasa hidangan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Tahniah buat Duzy dan harapnya Duzy berjaya membawa hidangan rakyat Malaysia ke mata dunia.

Sumber: Nasi Lemak Nok Neng|Facebook, Says

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES GAYA HIDUP

Video Popular

Ad will display in 09 seconds