Seekor kucing comel bernama Ppoyang amat disayangi oleh pemiliknya Lee Eunjung. Ppoyang bukan sahaja amat comel tetapi keletahnya yang bijak akan mengagumkan semua orang. Ppoyang memahami arahan manusia dan akan mengikutinya. Tidak hairan kini Ppoyang meraih populariti sebagai model peragaan pakaian kucing yang terkenal di halaman media sosial Korea, SNS.

SBS TV Animal pt.2/ Facebook

Gaya Ppoyang ketika memperagakan pakaian kucing sungguh mengagumkan dan akan mencairkan hati sesiapa sahaja. Melihat Ppoyang yang bermata bulat jernih dengan rupanya yang amat comel menggambarkan seperti Ppoyang itu kucing yang telah lama dipelihara oleh Eunjung semenjak kecil.

SBS TV Animal pt.2/ Facebook

Hakikatnya, Ppoyang pada asalnya adalah kucing jalanan terbiar yang telah ditemui oleh Eunjung kira-kira tiga tahun yang lalu.

SBS TV Animal pt.2/ Facebook

Eunjung menemui Ppoyang sedang mundar-mandir dan kelaparan bersama wajahnya yang sedih di jalanan ketika dia sedang berjalan dengan anjingnya. Eunjung memberi Ppoyang makan selama 3 bulan dan dia melihat kucing ini bukan seperti kucing biasa.

SBS TV Animal pt.1/ Facebook

Ppoyang amat bijak dan mudah menangkap arahan yang diberi oleh manusia. Dalam hati Eunjung, mereka telah ditakdirkan untuk menjadi satu keluarga.

SBS TV Animal pt.2/ Facebook

Lama-kelamaan, Eunjung dan Ppoyang tidak lagi dapat dipisahkan. Akhirnya Ppoyang dibawa menetap bersama Eunjung dan selepas itu Ppoyang begitu selesa menjadi haiwan peliharaan Eunjung yang paling disayangi.

SBS TV Animal pt.2/ Facebook

Ppoyang membantu Eunjung mencari rezeki dengan menjadi model yang memperagakan pakaian kucing yang direka oleh pemiliknya ini. Ppoyang begitu fotogenik dengan gayanya yang sungguh comel dan mengagumkan seperti model profesional.

SBS TV Animal pt.1/ Facebook

Bukan itu sahaja, Ppoyang sangat bijak dan memahami bahasa manusia. Apabila Ppoyang mahu makan snek kegemaran, dia akan membunyikan loceng meminta tuannya, Eunjung memberikan makanan itu kepadanya.

SBS TV Animal pt.1/ Facebook

Jika keinginannya tidak dipenuhi, Ppoyang akan merajuk dan pergi meninggalkan Eunjung. Sesuai benar dengan lagaknya yang sudah menjadi diva sekarang.

SBS TV Animal pt.1/ Facebook

Siapa sangka Ppoyang, si kucing jalanan terbiar kini adalah model peragaan pakaian kucing yang terkenal dan disayangi oleh semua kerana kecomelan dan kebijaksanaannya.

SBS TV Animal  pt.1/ Facebook

Lihat video keletah si comel Ppoyang di bawah.

SBS TV Animal  pt.2/ Facebook

SBS TV Animal  pt.1/ Facebook

Sumber : SBS TV Animal | Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular