Kisah seorang bapa malang yang diceritakan oleh seorang netizen dari Thailand ini amat menyedihkan. Bapa ini telah tinggal di tepi jalan selama 10 tahun, dan ramai yang tidak mengetahui kisah mengapa dia menjadi gelandangan sehingga netizen ini menyapanya.

Seorang netizen bernama Poramet Misomphop telah bertemu dengan seorang lelaki tua yang sedang duduk di tepi jalan di Bangkok dalam keadaannya yang kotor, comot serta menyedihkan.

Kredit : Poramet Misomphop / Facebook

Dalam halaman Facebook, Poramet menulis dia sedang makan di sebuah gerai berdekatan apabila terlihat seorang lelaki tua yang berpakaian lusuh sedang duduk di tepi jalan sambil memandang kenderaan dan orang yang lalu-lalang.

Poramet kemudian bertanya kepada para pekedai di kawasan itu dan seorang wanita telah memberitahunya yang lelaki tua ini sebenarnya sudah lama berada di tepi jalan itu dan menjadi penunggu setia pada setiap tengah hari selama 10 tahun. Kata wanita ini, “Saya teringat kejadian kira-kira 10 tahun lalu, seorang anak gadis memandu keretanya di kawasan ini dan berhenti di situ. Kemudian dia meletakkan orang tua itu dan berkata sesuatu kepadanya, tetapi saya tidak mendengar apa yang dikatanya.”

Kredit : Poramet Misomphop / Facebook

Pekedai wanita ini menambah, “Gadis itu kemudian memandu keretanya pergi dan orang tua ini menunggunya di situ. Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah ketika hari sudah lewat dan lelaki tua ini masih berada di situ. Saya berjalan dan bertemu dengannya sambil bertanya. Katanya, anak perempuannya pergi bekerja jadi dia meninggalkannya di situ buat sementara dan akan kembali mengambilnya nanti.”

Kata wanita ini lagi, “Akan tetapi pada keesokan hari, apabila saya membuka kedai, orang tua itu masih berada di situ. Saya berasa kasihan padanya lalu memberinya sedikit makanan untuk dimakan.”

Kredit : Poramet Misomphop / Facebook

Semenjak dari itu, pekedai wanita ini memberi orang tua itu makanan dan pernah cuba bertanya dari mana dia berasal tetapi dia tidak pernah menjawab. Selepas mendengar kisah sedih seorang anak perempuan meninggalkan bapanya di tepi jalan, Poramet telah mengambil keputusan untuk bertanya sendiri kepada orang tua ini dan cuba membantunya.

Poramet bertanyakan soalan mudah seperti nama dan tempat asalnya, tetapi orang tua ini hanya mampu menjawab,” Anak perempuan saya akan kembali nanti, dia akan kembali nanti!” Menurut cerita pekedai di situ, lelaki tua ini sebenarnya boleh bercakap dengan baik, tetapi mungkin oleh kerana dia menjadi tertekan dan mindanya juga sudah menjadi keliru, maka dia tidak lagi bercakap banyak melainkan dengan hanya mampu berkata, “Anak perempuan saya akan kembali nanti!”

Kredit : Poramet Misomphop / Facebook

Poramet berasa begitu sedih dan tersentuh mendengar kisah bapa yang amat kasihan lagi malang ini dan mahu berkongsi kisah orang tua ini di media sosial, dengan harapan anak perempuannya akan terbaca dan menyedari bahawa dia telah meninggalkan bapanya selama 10 tahun dan orang tua ini masih menunggunya dengan setia.

Seorang netizen memberi komen dengan menulis, mungkin sesuatu yang malang telah terjadi kepada anak perempuan lelaki tua ini lalu dia tidak dapat menghubungi dan mengambil bapanya di tempat itu. Post Poramet Misomphop telah menjadi tular sehingga menyentuh hati ramai netizen yang lain. Tidak diketahui sama ada anak perempuan lelaki tua ini telah dapat dijejaki ataupun tidak. Harapan semua, semoga anak perempuan ini mengambil bapanya yang masih setia menunggunya di tepi jalan itu.

Sumber : Poramet Misomphop / Facebook , World of Buzz

Maybe you're interested :

Share

Video Popular