Sekiranya anda berdepan dengan situasi kecemasan yang mendebarkan, jangan sesekali anda berasa takut.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun, Charlie Wilstead Finlayson, dan bapanya David yang berusia 52 tahun telah pergi ke hutan untuk pengembaraan alam semula jadi selama dua minggu. Tetapi, nasib tidak menyebelahi kedua orang anak-beranak ini apabila satu kemalangan telah berlaku yang menyebabkan bapa Charlie mengalami kecederaan yang serius.

Katie Wilstead

Kemalangan yang tidak diduga itu berlaku apabila sebongkah batu besar di tebing bukit yang tidak stabil terjatuh dan menuju ke arah David. Kerana tidak sempat mengelak, David terjatuh dari ketinggian 30 kaki (kira-kira 9 meter). Pada ketika itu, bahagian belakang David, lengan dan kakinya cedera, terutama kaki kirinya, dan kulit serta tulangnya juga telah terkeluar.

ABC News

Kerana lokasi mereka pada ketika itu adalah jauh di pedalaman, dan fakta bahawa stesen pengurusan taman yang terdekat adalah dalam lingkungan 13 batu (kira-kira 21 kilometer), Charlie memutuskan untuk segera kembali ke kem mereka yang terletak dua kilometer dari lokasi kemalangan untuk mendapatkan air, makanan, barangan pertolongan cemas dan beg tidur untuk memastikan bapanya kekal hangat. Syukurlah Charlie sudah biasa dibawa mengembara di dalam hutan selama bertahun-tahun, jadi Charlie tidak kekok dan tahu apa yang perlu dilakukan ketika menghadapi saat-saat kecemasan.

Katie Wilstead

Selepas bapanya berehat seketika, Charlie dengan perlahan membantu bapanya untuk kembali ke kem. Semasa dua hari di kem itu, Charlie terus bercakap dengan bapanya, bimbang bapanya terlalu sejuk dan tidak mampu tidur. Kerana tiada siapa yang melintas di kem itu, Charlie memutuskan untuk pergi ke stesen pengurusan taman yang terletak 21 kilometer dari lokasi itu untuk mendapatkan bantuan.

Katie Wilstead

David menulis nota yang menyatakan tentang kemalangan dan lokasi kem mereka. ‘Saya tidak boleh berjalan jadi saya memerlukan bantuan, malangnya. Tolong bantu Charlie mendapatkan bantuan untuk saya,’ tulisnya.

Sebelum pergi meninggalkan kem tersebut, Charlie berdoa dan memohon berkat Tuhan kerana dia bimbang tidak akan menemui sesiapa yang boleh membantunya.

ABC News

Akhirnya, setelah berjalan kira-kira 3 batu (kira-kira 4.8 kilometer), Charlie terserempak dengan dua orang pendaki gunung, yang secara kebetulannya adalah kenalan di gereja. Jadi mereka memutuskan untuk pergi ke kem dan menjaga David sementara Charlie terus mencari bantuan.

Katie Wilstead

Seterusnya, nasib menyebelahi Charlie sekali lagi apabila dia bertemu dengan seorang pendaki yang lain dan mereka sama-sama pergi mendapatkan bantuan. Akhirnya, mereka berjaya mendapatkan bantuan dan pihak polis menghantar helikopter untuk membawa David ke hospital untuk rawatan.

Katie Wilstead

Sejak kemalangan itu, David telah menjalani dua kali pembedahan, dan keadaan fizikalnya kembali stabil dari semasa ke semasa. Dia sangat berterima kasih kepada anaknya atas semua yang telah dilakukannya dan bangga dengan anak lelakinya yang berani dan kuat. “Kami mempunyai hubungan yang utuh sebelum insiden ini berlaku. Tetapi kini, hubungan kami menjadi lauh lebih kukuh seperti konkrit, atau granite, mungkin,” kata David.

Sumber: Happy Share, Daily Mail

Maybe you're interested :

Share

Video Popular