Setiap lelaki yang telah bergelar suami pasti akan melakukan yang terbaik demi memastikan isteri masing-masing bahagia dan gembira sentiasa. Bekerja siang malam mencari rezeki untuk memastikan kehidupan keluarga menjadi selesa merupakan salah satu pengorbanan si suami yang harus kita puji.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter bernama Izazudin M telah mengongsikan sebuah kisah mengenai pengorbanan sang suami yang sanggup melakukan apa sahaja demi memberikan yang terbaik buat isteri tercinta meskipun dirinya sendiri tidak berkemampuan.

Menurut SAYS, perkongsian itu telah meraih sehingga lebih 24,000 ‘retweet’ dan membuatkan netizen tersentuh hati apabila membaca kisah ini.

Kisah berkenaan kemudiannya diambil semula daripada akaun Instagram milik seorang pereka fesyen bernama @Zeghrinjfrs yang telah membantu menunaikan impian seorang pak cik.

Kredit: Instagram @zeghrinjfrs

“Pak cik ini merupakan pelanggan yang istimewa. Dia mempunyai seorang isteri dan dua orang anak berusia 10 dan 15 tahun. Dia OKU sejak lahir kerana ibunya terjatuh semasa mengandungkannya. Jadi, dia lahir dalam keadaan otot yang stoke.”

Kredit: Instagram @zeghrinjfrs

Menurut perkongsian netizen ini lagi, pak cik itu bekerja sebagai tukang pencuci di Majlis Daerah Tapah manakala isterinya pula suri rumah sepenuh masa. Setiap kali tibanya musim perayaan, pak cik ini akan datang ke butik untuk membelikan pakaian istimewa buat isteri tercinta.

Kredit: Instagram @zeghrinjfrs

“Dia selalu masuk tapi tak beli apa-apa. Tapi dia selalu tengok baju yang sama sahaja sejak 2017. Dia suka tengok baju-baju Maison katanya elok,” jelas netizen ini lagi.

Kredit: Instagram @zeghrinjfrs

Bagaimanapun, karenah pak cik ini agak berbeza berbanding pelanggan lain di mana dia mempunyai tabiat bercakap dengan nada suara yang kuat sehingga boleh didengari oleh semua pelanggan mahupun pekerja.

“Saya pasang niat untuk berikan sahaja baju yang pak cik itu selalu tengok untuk isterinya. Dah nak masuk dua tahun dia tengok baju itu. Kemudian, apabila dia datang, baju itu sudah dibeli oleh pelanggan lain.”

Kredit: Instagram @zeghrinjfrs

“Jadi, dia datang untuk tempah baju raya anak sulungnya. Dia cakap kalau ada duit baru dia tempah untuk isterinya pula.”

Kredit: Instagram @zeghrinjfrs

Berdasarkan perkongsian lelaki ini juga, pak cik itu yang turut memelihara beberapa ekor ayam telah menjual ayam-ayam ternakannya semata-mata untuk mendapatkan duit dan membeli baju baharu.

Ketika ditanya, pak cik ini menyatakan bahawa dia ingin isterinya kelihatan cantik di hari raya memandangkan ramai yang menghina mereka sekeluarga.

Kredit: Instagram @zeghrinjfrs

“Orang suka kutuk aku cacat tapi isteri normal. Aku sakit hati dan sedih sebab itu aku nak tunjuk aku mampu bagi isteri aku pakai baju butik yang cantik-cantik.”

Kredit: Instagram @zeghrinjfrs

Simpati dengan nasib pak cik itu, lelaki ini kemudiannya menawarkan sehelai baju raya baharu untuknya dengan meminta bayaran sekadar apa yang mampu dibayar oleh pak cik tersebut.

Kredit: Instagram @zeghrinjfrs

Tindakan murni lelaki ini membuatkan pak cik itu dengan serta-merta mengalirkan air matanya kerana terharu dengan kebaikan hati @Zeghrinjfrs. Dia turut mengakhiri perkongsiannya dengan memberikan nasihat terbaik buat orang ramai agar sentiasa mensyukuri nikmati yang Tuhan berikan.

Kredit: Instagram @zeghrinjfrs

“Saya nak pergi pertunjukan fesyen dan jumpa orang-orang terkenal. Tapi saya memang dah ditentukan untuk duduk luar bandar dan bantu masyarakat di sini. Saya korbankan impian saya untuk berbakti kepada masyarakat.”

Tambahnya lagi, “Kita perlu selalu fikir, kita bekerja untuk memudahkan masalah dan urusan orang lain pada masa yang sama.”

Kredit: Instagram @zeghrinjfrs

Sesungguhnya, tangan yang memberi itu adalah lebih baik dan mulia daripada tangan yang menerima.

Sumber: Twitter @IzazudinM | Instagram @zeghrinjfrs

Maybe you're interested :

Share

Video Popular