Cinta sejati sering dikaitkan dengan pasangan muda yang sedang hangat bercinta, tetapi sebenarnya ia lebih romantik jika kita melihat pasangan di usia tua yang masih mengekalkan perasaan cinta dan kasih sayang dengan cara yang sama selama berdekad lamanya.

Tanyakan kepada anak serta cucu James dan Lynn Gauthier. Mereka masih melihat pasangan ini kekal romantik sehingga ke usia emas. Kasih sayang James dan Lynn tetap utuh sehingga ke hari ini yang sudah menjangkau usia ulang tahun perkahwinan yang ke-50. Tidak hairan ketika hari sambutan jubli emas pasangan ini, mereka sekeluarga telah membantu James membuat rancangan memberi kejutan istimewa kepada isterinya, Lynn.

Kredit : Caters Clips/YouTube

James Gauthier jatuh cinta pandang pertama dengan Lynn pada tahun 1968, dan mereka telah berkahwin sembilan bulan kemudian di Buffalo, New York. Semasa itu, James telah pun bertugas sebagai seorang pegawai dalam Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat.

Kredit : Caters Clips/YouTube

Oleh kerana Lynn bukan seorang penganut Katholik dan seorang paderi enggan mengahwinkan mereka buat kali pertama, pasangan ini telah melafazkan upacara perkahwinan kali kedua di kem tentera San Antonio di Texas.

Kredit : Caters Clips/YouTube

Pasangan James dan Lynn dikurniakan dua orang anak perempuan, Lauren dan Michelle bersama tiga orang cucu, Christopher, Brett dan Cole. Cucu James telah merancang untuk mendapatkan pengiktirafan dari gereja secara dalam talian supaya datuk mereka boleh membuat lamaran untuk kali ketiga.

Kredit : Caters Clips/YouTube

James mengambil masa sebulan bersama bantuan cucu-cucunya untuk membuat kejutan istimewa dan sangat manis buat isterinya.

Kredit : Caters Clips/YouTube

Dalam satu majlis sambutan ulang tahun perkahwinan James dan Lynn yang ke-50, James secara diam-diam telah menukar pakaian kepada uniform tenteranya dan kembali dengan sebentuk cincin milik ibunya di hadapan Lynn sambil membuat lamaran secara rasmi buat kali ketiga. Sudah tentu Lynn menjawab, “Ya!”

Kredit : Caters Clips/YouTube

James kemudian menyambut tangan Lynn yang telah uzur dan mereka telah menari bersama dengan iringan lagu Gibson Brothers, “Forever Never Ends”. Ahli keluarga lain yang melihat pasangan romantik ini berasa amat tersentuh dan mengalirkan air mata gembira. James berkata, “Saya tidak melihat sesiapa melainkan Lynn sepanjang tarian istimewa itu.”

Kredit : Caters Clips/YouTube

Jika sesiapa yang mahu melihat contoh cinta sejati, mereka patut melihat keutuhan cinta pasangan James dan Lynn Gauthier. Mereka berhak untuk memperbaharui ikrar perkahwinan sekali lagi, buat kali ketiga.

Kredit : Caters Clips/YouTube

Lihat video di bawah.

Kredit : Caters Clips/YouTube

Sumber :  Caters Clips/YouTube , Inspiremore

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds