Menurut video yang dikongsi oleh pengguna YouTube, nelayan telah menemui seekor ikan lumba-lumba kecil yang kelihatan sedang bergelut dengan beg plastik yang tersangkut di siripnya, menyukarkannya untuk berenang.

Seorang daripada nelayan tersebut segera membawanya ke atas bot dengan menggunakan jaring dan dengan berhati-hati melepaskan beg plastik hijau daripada sirip anak ikan lumba-lumba tersebut.

Selepas berjaya melepaskan sirip anak ikan lumba-lumba itu daripada plastik, mereka melepaskannya kembali ke laut. Anak ikan lumba-lumba tersebut kelihatan gembira, melompat-lompat di tepi bot.

Seekor anak ikan lumba-lumba kelihatan sedang bergelut dengan beg plastik berwarna hijau yang tersangkut pada siripnya

Beg plastik yang tersangkut di siripnya telah menyukarkannya untuk berenang, jadi mereka cuba untuk menyelamatkannya 

Selepas berjaya menyelamatkannya, mereka melepaskan anak ikan lumba-lumba itu kembali ke laut

Anak ikan lumba-lumba itu tiba-tiba melompat keluar dari air sejurus selepas dilepaskan ke laut, seolah-olah seperti mahu mengucapkan terima kasih kepada nelayan yang menyelamatkannya!

Semua orang tahu bahawa ikan lumba-lumba adalah haiwan yang memiliki IQ sangat tinggi. Nelayan yang baik hati ini telah menyelamatkan nyawa anak lumba-lumba itu daripada plastik sampah yang dibuang oleh manusia ke dalam laut. Oleh itu, kita dapat melihat kesan daripada tabiat buruk manusia telah mengancam ekosistem laut.

Tonton video tersebut di bawah:

resgate do golfinho | YouTube

Sumber: injurylawyernewportnews

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular