Penampilan terkini penyanyi yang popular dengan lagu My Heart Will Go On telah mengejutkan ramai orang yang melihatnya. Tubuh yang kurus selain wajah cengkung Celine Dion telah mencetuskan pelbagai teka-teki dalam kalangan peminat.

Janda berusia 50 tahun itu muncul di kota fesyen Paris bebeberapa hari lalu dan telah mencuri tumpuan umum. Wajah dan penampilannya yang benar-benar berbeza berbanding sebelum ini telah membuat lensa kamera jurugambar serta netizen tertumpu padanya.

Selepas gambar-gambarnya ketika acara tersebut dimuat naik ke laman-laman sosial, peminat dan netizen mula mempersoalkan kenapa dia terlalu kurus? Apakah Dion sedang menderita sakit? Adakah dia menyedari perubahan pada dirinya?

Penyanyi kelahiran Kanada itu menjawab persoalan dan tanda tanya orang ramai itu dengan mengatakan bahawa dia berasa sangat selesa dengan penampilan terbaharunya itu.

Selain itu, Celine Dion juga menegaskan bahawa dia tidak mempunyai masa untuk melayan apa sahaja kritikan atau pandangan negatif mengenai personalitinya.

Celine Dion mungkin tidak menyedari perubahan drastik yang berlaku pada dirinya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi selepas kematian suaminya, Rene Angelil selepas bertarung dengan kanser pada 14 Januari 2016.

Celine Dion tampil dalam temu bual dengan media antarabangsa baru-baru ini dan berkata, perubahan yang berlaku padanya atas kehendak dirinya sendiri.

“Saya lakukan (perubahan) untuk diri sendiri. Saya mahu jadi lebih yakin, cantik, feminin dan seksi,” kata Dion kepada The Sun dalam wawancara.

Sehubungan itu, Dion enggan mengulas tentang isu berat badannnya yang menjadi bahan perbincangan. “Sekiranya saya suka, saya tidak akan bercakap mengenainya. Jangan peduli. Jangan ambil gambar,” tegasnya.

“Sekiranya anda suka, saya ada di sana. Jika anda tidak suka, tinggalkan saya sendirian,” tambahnya.

Sumber: Astro Awani

Maybe you're interested :

Share

Video Popular