Apa agaknya reaksi anda jika pertama kali anda terlihat seekor sesuatu yang sangat aneh? Lebih-lebih lagi jika ia adalah haiwan yang anda sendiri tidak pernah lihat sebelum ini. Adakah anda akan lari atau hanya melihatnya?

Facebook

Terperangkap di dalam gumpalan tanah liat

Kata orang jangan menilai sesuatu hanya daripada rupa luarannya kerana kita tidak tahu apa yang ada di sebaliknya. Seperti gumpalan lumpur ini contohnya. Sekali pandang pasti yang menyangka ia hanyalah gumpalan lumpur biasa tetapi hakikatnya ada nyawa yang tersembunyi di sebaliknya. Percaya atau tidak, ada seekor landak di sebalik gumpalan lumpur yang kotor itu!

Facebook

Hampir tidak dapat dikenali

Semasa ia ditemui oleh pegawai hidupan liar doktor menyangka bahawa itu hanyalah lumpur biasa kerana ianya agak sukar untuk dikenali pada awalnya. Namun apa yang peliknya ada bunyi yang didengari, sepertinya ada sesuatu yang sedang bernafas dengan tenang. Doktor kemudian dengan berhati-hati membersihkan kotoran tersebut sehingga melihat kaki kecil. Rupa-rupanya ada seekor anak landak yang kecil dan comel terperangkap di dalam gumpalan lumpur tersebut.

Facebook

Landak tersebut dikatakan terperangkap di dalam lumpur ketika melarikan diri dari anjing di Chichester, England. Lumpur yang membaluti tubuhnya kemudian menjadi kering dengan cepatnya dan membuatkan si landak ini terperangkap di dalamnya.

Facebook

Pegawai tersebut terus menyelamatkan anak landak itu dengan membawanya ke klinik haiwan. Oleh kerana ia masih dalam keadaan ketakutan membuatkan landak tersebut tidak mempunyai selera makan. Namun, selepas tidur semalaman si comel itu baru kembali bersemangat dan bertenaga. Ia juga mula mempunyai selera untuk makan.

Menurut sebuah artikel di akhbar The Guardian, kini jumlah landak spesies hedgehog ini semakin berkurang dan sedang mengalami kepupusan terutama di UK. Hal ini kerana spesies tersebut berhadapan dengan masalah kehilangan habitat. Jika dahulu spesies ini banyak dilihat di ladang dan kebun-kebun di UK namun, kini pemandangan seperti itu adalah jarang sekali untuk dilihat.

Jadi, jika anda melihat spesies ini jangan takut, jangan lari tetapi cubalah untuk menyelamatkan mereka!

Sumber: Newsner

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds