Pengalaman sememangnya mengajar kita untuk mempelajari realiti kehidupan yang sebenar. Tidak kiralah sama ada pengalaman pahit mahupun pengalaman manis, kita akan menjadi lebih matang dengan pengalaman-pengalaman kehidupan yang dilalui.

Melalui satu perkongsian Facebook yang dimuat naik oleh Jabatan Polis Fort Lee, New Jersey, seorang kanak-kanak lelaki berusia 20 bulan dikenali sebagai Lucas telah tersekat di dalam sebuah kotak permainan dan tidak dapat melepaskan dirinya.

Kredit: Fort Lee Police Department/Facebook

Ibu kepada Lucas iaitu Soona Choe kemudiannya menghubungi 911 bagi mendapatkan pertolongan setelah usahanya untuk membebaskan anaknya daripada kotak mainan itu gagal.

Tidak lama kemudian, Sarjan Rick Hernandez tiba di rumah keluarga ini dengan membawa beberapa jenis peralatan untuk membantu menyelamatkan Lucas daripada terperangkap di dalam kotak mainan tersebut.

Setelah meneliti, barulah Rick menyedari bahawa dia hanya perlu membuka panel belakang alat permainan ini untuk membebaskan Lucas daripada terus tersekat.

“Dia menunjukkan reaksi wajah yang tidak ternilai,” kata Rick.

Kredit: Fort Lee Police Department/Facebook

Sementara itu, ibunya turut menganggap insiden ini merupakan satu situasi yang melucukan apabila difikirkan semula dan merancang untuk menunjukkan gambar ini apabila Lucas sudah besar… Bukan sahaja itu, ada juga segelintir netizen yang merasakan situasi ini pasti akan menjadi salah satu kenangan terindah yang pernah terjadi dalam hidup Lucas.

“Budak ini pasti akan sukakan gambar ini apabila dewasa kelak! Terima kasih kerana membantunya.”

Sumber: SAYS

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds