Jika anda tidak tahu cerita di sebalik gambar ini pasti anda akan menyangka bahawa gambar ini adalah foto yang diambil di studio menggunakan kamera canggih. Lihatlah betapa halus dan terperincinya gambar tersebut dan hanya kamera yang berteknologi tinggi yang boleh menangkap imej sehalus itu. Namun, percaya atau tidak gambar tersebut adalah hasil tangan seorang pelukis hebat dari Itali. Kedengaran seperti mustahil bukan? Tetapi itulah hakikatnya!

Lukisan hasil kreatif artis Itali bernama Emanuele Dascanio sememangnya sangat halus dan realistik sehingga ramai yang tertipu pada pandangan pertama mereka melihat lukisan tersebut. Menurut Dascanio dia telah mengambil masa sehingga 780 jam untuk menyiapkan lukisan tersebut. Karyanya yang begitu terperinci benar-benar membuatkannya kelihatan seperti sebuah lukisan yang hidup.

Artis Itali, Emanuele Dascanio begitu berbakat dengan menghasilkan ilustrasi-ilustrasi realistik seperti ini.

Emanuele Dascanio

Beliau menggunakan kombinasi arang dan grafit untuk menghasilkan karya-karya beliau.

Emanuele Dascanio

Untuk mediumnya, Dascanio mengatakan dia menggunakan gabungan arang dan grafit. Dia juga membuat keputusan untuk menggunakan hanya satu sumber cahaya bagi setiap bahagian untuk memberi mereka daya tarikan yang bertemakan zaman Pembaharuan Renaissance.

Dascanio mengambil lukisan minyak daripada seorang pelukis Itali, Gianluca Corona.

Emanuele Dascanio

Melalui Corona, dia belajar cara untuk memahirkan diri dalam menghasilkan lukisan bertemakan Renaissance

Emanuele Dascanio

Menurut Dascanio beliau banyak belajar menghasilkan lukisan Renaissance melalui kelas pembelajaran lukisan minyak yang diajar oleh seorang artis Itali, Gianluca Corona. Beliau kemudian menggunakan pengetahuan itu, serta menggabungkannya dengan gaya unik yang dimiliki dan beberapa pengaruh moden untuk mencipta karya-karya hebat seperti ini.

Karya Dascanio mula mendapat tempat di hati orang ramai apabila hasil karyanya mula tersebar luas di internet.

Netizen di seluruh dunia terpesona dengan hasil tangannya yang dilihat sangat realistik

Emanuele Dascanio

Emanuele Dascanio

Sungguh ini bukan tugas yang mudah. Boleh menghasilkan lukisan yang mirip dengan foto sebenar adalah sesuatu yang sangat mengagumkan!

Sumber: Elite Reader

Maybe you're interested :

Share

Video Popular