Ketika kanak-kanak seusianya begitu riang bermain bersama rakan sebaya, budak lelaki berusia 8 tahun ini yang bernama Niu Niu duduk di tepi tingkap rumah sambil mengenangkan nasibnya yang sentiasa ditinggalkan oleh ahli keluarganya bersendirian. Dia tinggal di perkampungan luar bandar dan bersekolah di tahun dua.

Ibu bapa Niu Niu telah meninggalkannya bersama datuk dan nenek sejak dia masih kecil. Ibunya meninggalkan keluarga kerana tidak mahu membebankan mereka dengan penyakit epilepsi yang dihidapi. Sementara bapanya bekerja jauh di bandar besar demi menyara keluarga. Nenek Niu Niu yang amat disayangi telah meninggal dunia. Datuk Niu Niu pula keluar bekerja di siang hari untuk mendapatkan wang bagi membayar hutangnya yang banyak. Teman setia Niu Niu hanya seekor anjing.

Walaupun Niu Niu dibiarkan hidup sendiri dan berdikari, dia tidak pernah melupakan tanggungjawab untuk belajar dengan bersungguh-sungguh di sekolah. Setiap hari, Niu Niu akan berjalan sejauh 1o kilometer untuk bersekolah di bandar. Dalam perjalanannya yang jauh setiap hari, Niu Niu akan ditemani oleh anjingnya yang sedang bunting dan tidak boleh ditinggalkan bersendirian di rumah.

Oleh kerana anjingnya tidak mampu untuk berjalan jauh kerana keadaan fizikalnya yang sedang bunting dan lemah, Niu Niu akan menggendong anjing ini dan membawanya bersama ke sekolah. Kata Niu Niu, “Ibu bapa membawa anak-anak mereka ke sekolah, saya pula membawa membawa seekor anjing ke sekolah!”

Apabila Niu Niu sedang belajar di dalam kelas, anjing ini dengan setia menunggunya di luar bilik darjah sehingga selesai waktu persekolahan. Kemudian mereka berdua akan pulang berjalan kaki sejauh 10 kilometer dan kembali ke rumah.

Semasa nenek Niu Niu masih hidup, dia akan menyediakan sarapan dan makanan enak setiap pagi. Kini, budak lelaki ini akan hanya makan sisa makanan semalam yang disediakan oleh datuknya, yang sudah sejuk pada setiap waktu pagi.

Walaupun baru berusia 8 tahun, Niu Niu sudah melalui dan merasai pahit maung serta keperitan hidup seperti orang dewasa. Hidupnya menjadi semakin sunyi selepas neneknya meninggal dunia. Dia tidak tahu bagaimana untuk meluahkan perasaannya kepada orang lain. Apabila Niu Niu terkenangkan memori bersama neneknya, air matanya akan mengalir tanpa sedar.

Suatu hari Niu Niu berkata, “Amat susah keluarga saya untuk kembali. Mereka mungkin akan kembali pada usia saya sudah 15 tahun atau 16 tahun. Atau mungkin setelah saya dewasa”. Apa yang dirasakan oleh Niu Niu mengenai ibu bapanya akan membuat semua orang berasa hiba. Hidupnya tidak sama seperti rakan-rakan kelasnya yang mempunyai kasih sayang ibu bapa.

Selepas menghabiskan kerja sekolah, Niu Niu dan anjingnya akan duduk di tepi tingkap rumah sambil menunggu datuknya pulang dari bekerja. Teman setianya hanyalah anjing itu dan saat bermain bersamanya merupakan masa yang paling gembira.

Ibu bapa di kejiranan itu tidak membenarkan anak mereka bermain dengan Niu Niu kerana takutkan anak mereka akan digigit oleh anjing Niu Niu. Dan Niu Niu tidak kisah akan dirinya dipulau oleh jiran tetangga. Anak ini terus sahaja bermain dengan anjingnya di tepi jalan tanpa mempedulikan pandangan jiran-jiran. Hanya anjingnya itu yang memahami perasaannya yang kesunyian.

Dalam perjalanan ke sekolah setiap hari, Niu Niu akan singgah di pusara neneknya yang terletak berhampiran dengan jalan, dan dia akan mengadu kepada neneknya jika terdapat kegusaran di dalam hatinya. Sebelum ke sekolah pada setiap pagi, dia akan berdiri di hadapan pusara itu sambil membersihkannya.

Walaupun anjing Niu Niu tidak membahayakan, pihak sekolah masih bimbang anjingnya itu akan mengigit pelajar lain dan dia dibiarkan berada di luar sekolah. Sungguhpun dihalau, anjing ini akan tetap setia menunggu Niu Niu menghabiskan waktu persekolahannya dan mereka akan pulang ke rumah bersama-sama selepas itu.

Dalam kelas bahasa, seorang guru telah memberi tugasan kepada semua pelajar untuk menulis satu esei pendek. Niu Niu telah menulis : Saya berharap Ibu dan Ayah akan pulang tidak lama lagi.

Sumber : Happy Share

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds