Sekeping gambar yang comel dan mengagumkan telah menarik perhatian ramai apabila seekor haiwan besar ‘melawat’ krew kapal Lance milik Institut Kutub Norway, untuk mendapatkan makanan.

Kedatangan beruang kutub dewasa itu disedari di tingkap dapur ketika krew kapal sedang memasak wafel untuk minum petang. Daripada menembak pemangsa gergasi itu, mereka memutuskan untuk berkongsi rezeki dengan haiwan itu dengan menyerahkan kepingan isi ikan.

Kredit: Johnny_love/Reddit

Mereka juga berjaya merakam gambar momen yang menarik ini.

Sebenarnya, gambar itu telah dirakamkan pada 17 tahun yang lalu tetapi hanya baru-baru ini dimuat naik ke laman Reddit oleh pengguna dengan nama Johnny_love, yang mana gambar itu menerima ribuan komentar.

Institut Kutub Norway memberitahu MailOnline Travel: “Jurugambar dan orang yang berada dalam foto itu adalah ahli krew, bukan ahli sains – sebenarnya mereka tidak digaji oleh NPI tetapi oleh syarikat yang menguruskan kapal itu. Tindakan ini tidak boleh diterima pada hari ini.”

Lance adalah kapal penyelidikan dan ekspedisi yang kebanyakannya digunakan oleh Institut Kutub Norway untuk tujuan penyelidikan. Kapal ini juga boleh disewa secara persendirian untuk kegunaan peribadi dan pelayaran semasa musim panas.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Alfmak/Shutterstock

Kapal Norway itu berlabuh di Tromsø, Norway, dan biasanya akan melawat laut Artik tetapi kadang-kala turut membuat perjalanan ke Antartika. Pada musim panas, kapal itu berlabuh di Longyearbyen di Svalbard, sebuah kepulauan Norway yang terletak antara tanah besar Norway dan Kutub Utara yang merupakan salah satu kawasan paling utara di dunia.

Kawasan ini adalah habitat bagi pelbagai hidupan liar, termasuk beruang kutub, rusa dan musang Artik.

Sumber: Daily Mail

Maybe you're interested :

Share

Video Popular