Aplikasi WhatsApp merupakan satu medium yang penting dalam hidup kita semua kerana ia memudahkan semua pengguna dari serata dunia untuk berkomunikasi sama ada melalui pesanan teks, suara mahupun panggilan video.

The Guardian

Baru-baru ini, WhatsApp telah pun menampilkan ciri baharu di mana pengguna boleh memadam mesej yang telah dihantar sebelum sempat dibaca oleh si penerima. Kebiasaannya, ramai yang menggunakan ciri ‘Delete Message For Everyone’ ini disebabkan oleh tersilap taip ataupun terhantar kepada orang yang salah.

Bagaimanapun, terdapat satu rahsia dan tips bagi anda yang ingin mendapatkan semula mesej yang telah dipadam itu. Hanya dengan tiga langkah mudah, anda boleh membaca semula mesej yang telah dipadamkan itu.

TNW

  1. Buang aplikasi WhatsApp daripada telefon pintar anda
  2. Muat turun semula aplikasi WhatsApp
  3. Log masuk dan tekan butang back-up untuk mendapatkan semula rekod mesej lama

Mesej back-up yang telah dipulihkan kembali membolehkan anda mendapatkan semua mesej-mesej lama yang telah dibuang sebelum ini.

Hal ini demikian kerana secara automatiknya, WhatsApp akan menjalankan proses back-up data pada jam 2 pagi setiap hari untuk menyimpan segala rekod mesej masuk dan mesej keluar.

BGR

Jika pengguna tidak berjaya melihat semula mesej tersebut, pengguna juga boleh mencuba dua cara lain.

  1. Meletakkan widget Settings pada paparan skrin di mana kemudiannya, pilihan ‘Notification Registration’ akan muncul
  2. Pengguna juga boleh memuat turun aplikasi sejarah notifikasi yang akan memaparkan semua notifikasi baharu meskipun mesejnya telah dipadamkan

Bagaimanapun, dua cara ini hanya boleh diaplikasikan pada telefon jenis Android sahaja.

Sumber: Astro AWANI

Maybe you're interested :

Share

Video Popular