Bagi peminat filem adiwira Spider-Man, pasti anda sudah tidak sabar untuk menunggu filem terbaharu Spider-Man: Far From home yang dijangka akan ditayangkan pada 5 Julai 2019. Dan mungkin pekerja bank yang telah meletakkan jawatan ini juga merupakan salah seorang peminat fanatik sehingga sanggup memakai sut lengkap adiwira tersebut pada hari terakhir dia bekerja.

Menurut seorang pengguna Imgur ksguile, seorang pekerja lelaki telah meletakkan jawatan tetapi memutuskan untuk melakukan sesuatu yang pelik dan menghiburkan pada hari terakhir dia bekerja di bank tersebut.

Bekas pekerja yang bekerja di jabatan analisis itu datang dengan memakai sut lengkap spider-man. Mungkin dia tidak kisah untuk melakukan hal yang melucukan tersebut kerana tiada pelanggan yang melihatnya pada hari itu.

Walau bagaimanapun, rakan-rakan sekerjanya dan pengguna media sosial tetap menikmati gurauan yang sangat menghiburkan itu.

Salah seorang dari rakan sekerjanya telah merakam video aksi bekas pekerja itu dengan kapsyen: ‘Hari terakhir bekerja dan orang ini membuatkan bos hilang akal.’ Mungkin bos berasa marah tetapi tetap terhibur dengan tindakan bekas pekerjanya yang bukan sahaja berpakaian pelik malah telah memberi gula-gula kepada setiap orang.

Ramai netizen yang memuji idea menarik bekas pekerja itu. Antara yang memberi komen ialah:

DailyFishslap: “Untuk sebab tertentu, Peter Parker tidak muncul pada hari itu…”

copingcabana: “Dia mendapat pekerjaan baharu sebagai pereka laman sesawang”

Blitzbear93: “Jika pekerja-pekerja bank adalah seperti ini, pasti saya tidak berasa gementar ketika pergi ke bank.”

Ziq Ismail: “Adakah mereka akan membayar gaji kepada lelaki itu lebih awal?”

Jojo Felix: “Apa yang akan berlaku jika bos datang dengan memakai kostum Green Goblin?”

Sumber: BORED PANDA

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds