Kuih-muih tempatan merupakan antara juadah tradisi yang masih dikekalkan sehingga ke hari ini. Terdapat pelbagai jenis kuih yang terkenal seperti seri muka, ketayap, cucur badak dan bermacam-macam lagi…

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan resipi untuk menghasilkan kuih tepung boko ubi kayu yang sungguh menyelerakan. Resipi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Zalieda Zaliedana.

Kuih ini dikatakan mempunyai tekstur yang sangat lembut serta cair di mulut. Apatah lagi, gabungan rasa lemak daripada santan dan manis ubi kayu ini membuatkan kuih boko ubi kayu mendapat tempat di hati masyarakat!

Mari kita lihat resipinya…

Bahan-bahan untuk lapisan ubi

  • 2 cawan ubi kayu
  • 1 sudu besar tepung ubi kayu
  • 2 sudu besar gula merah
  • 1 – 2 keping nisan atau gula gerek
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 2 1/2 – 3 cawan air
  • 2 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara membuatnya

  1. Parut ubi kayu dan perahkan airnya. Ambil lapisan ubi yang mendap
  2. Campurkan kesemua bahan kecuali ubi kayu. Masak di atas api sederhana sehingga gula cair dan mendidih. Ketepikan
  3. Setelah air gula sejuk, masukkan ubi kayu yang telah diparut bersama dengan tepung ubi. Gaul sehingga sebati
  4. Tuangkan campuran ini ke dalam loyang atau bekas dan kukus sehingga lapisan ubi kayu ini masak

Bahan-bahan untuk lapisan santan

  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 helai daun pandan

Cara membuatnya

  1. Masukkan semua bahan di dalam periuk dan masak di atas api sehingga adunan menjadi sedikit pekat dan berkilat
  2. Setelah adunan santan memekat, tuang ke dalam bekas berisi lapisan ubi kayu yang telah dikukus tadi.
  3. Anda boleh makan bersama santan yang masih cair atau sejukkan untuk menghasilkan tekstur yang sedikit pejal

Ikuti cara-cara membuatnya melalui paparan video ini:

Zalieda Diari Zaliedana | YouTube

Mudah bukan? Bahan-bahannya juga boleh didapati di pasaran. Jangan lupa untuk mencuba!

Sumber: Zalieda Zaliedana

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds