Aoshima, Jepun dikenali sebagai “Pulau Kucing”. Penduduk Aoshima kurang daripada 20 orang tetapi populasi kucingnya pula melebihi 100 ekor!

Suatu hari, dalam usaha untuk menghalau nyamuk, penduduk tempatan telah menanam catnip di taman. Keesokan harinya, kesemua kucing khayal seolah-olah telah mengambil dadah.

Rupa-rupanya, catnip, sejenis tumbuhan yang menyerupai pudina, mengeluarkan bau yang boleh merangsang sistem saraf kucing dan mengakibatkan halusinasi.

cat2

Seperti mana namanya, catnip mendatangkan kesan yang luar biasa kepada kucing. Namun begitu, tumbuhan ini tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan kepada mereka!

cat3

Kenapa catnip begitu kuat kesannya terhadap kucing?

Catnip mengandungi sejenis kimia yang berfungsi sebagai bahan penarik kucing, nepetalakton. Daya geseran pada catnip, misalnya golekan kucing di atasnya, akan menyebabkannya melepaskan bahan kimia tersebut ke udara.

Apabila kucing (termasuklah “kucing besar” seperti harimau, harimau bintang dan singa) menghidunya, ia akan berasa amat teruja kerana sistem saraf otaknya serta emosinya dirangsang.

cat4

cat5

Kira-kira 75% kucing dewasa bertindak balas terhadap bau catnip. Apabila kucing terhidu bau catnip, ia akan menghampiri tumbuhan tersebut dan bertindak menggeselkan kepala berulang kali padanya. Sejurus itu, ia akan menjadi khayal dan bergolek di atas tanah atau berlegar-legar bahkan ada yang melelehkan air liur.

cat6

cat7

cat8

cat9

Apabila bau catnip mula hilang, kucing akan kembali tenang.

Ajaib benar kesan catnip kepada kucing!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds