Proses untuk menurunkan berat badan dan mendapatkan tubuh badan yang sihat bukanlah satu proses mudah yang boleh dipandang ringan. Untuk menjayakan misi diet sihat, seseorang perlu mengambil kira pelbagai aspek, terutamanya dari segi pemakanan yang diambil.

BBC Good Food

Jenis pemakanan dan kuantiti makanan yang diambil merupakan salah satu komponen penting yang perlu diberi perhatian untuk mencapai matlamat utama diet. Selain itu, bahan-bahan seperti gula dan garam yang terkandung dalam makanan yang diambil juga memainkan peranan penting kerana hal ini akan memberi kesan kepada tahap kesihatan manusia.

Oleh itu, menerusi entri ini, kami akan berkongsi dengan anda tiga tip yang bermanfaat untuk anda yang mahu mula menjalani kehidupan yang lebih sihat dan 15 barangan dapur yang seharusnya ada di dapur anda sebagai langkah permulaan untuk kehidupan yang lebih terjamin!

Tip-tip untuk diet sihat:

1. Rancang pemilihan makanan

Weight Loss Resources

Sebelum anda ke pasar raya untuk membeli barang dapur, pastikan ada sudah siap merancang makanan yang bakal dimasak dan dimakan untuk tempoh satu minggu. Rancangan ini akan memudahkan tugas anda untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan.

Rancang pelbagai menu agar diet anda tidak bosan dan mematahkan semangat anda.

2. Pilih makanan yang asli

Adyla Rose

Ketika memilih makanan untuk dimakan, cuba pilih makanan yang asli, yang tidak mengalami pengolahan ataupun yang telah mengalami pengolahan seminima yang mungkin. Selain itu, elakkan juga makanan yang mengandungi bahan pengawet.

3. Baca fakta nutrisi makanan

Ketika memilih makanan untuk dibeli, semak terlebih dahulu barangan yang berikut dan bandingkan dengan makanan yang lain:

  • Saiz hidangan
  • Kalori
  • Jumlah lemak
  • Sodium
  • Gula
  • Bahan-bahan pembuatan
  • Amaran alergi

Seterusnya, ini adalah 15 barangan yang seharusnya ada di dapur anda untuk memastikan anda mendapat diet yang sihat dan berkesan.

1. Minyak zaitun

Adyla Rose

Minyak zaitun boleh menjadi sebahagian daripada diet yang sihat. Terdapat pelbagai jenis minyak zaitun di pasaran dan anda perlulah menggunakan minyak zaitun yang betul untuk cara masakan yang dipilih. Berikut adalah contoh jenis minyak zaitun dan cara masakan yang dicadangkan:

  • Extra virgin, virgin olive oil – digunakan untuk salad, sos dressing salad
  • Pure olive oil – digunakan untuk masakan bakar dan memanggang
  • Extra light olive oil – digunakan untuk menggoreng dan membakar (baking)

Adyla Rose

Perlu diingatkan bahawa semua jenis minyak zaitun mempunyai titik panas (smoke point) yang tersendiri jadi cara masakan yang digunakan haruslah diberi perhatian. Minyak zaitun tidak digalakkan untuk dipanaskan melebihi titik panas yang ditetapkan kerana hal ini akan menyebabkan kualiti atau nutrien yang terkandung di dalamnya berkurangan.

Dalam diet sihat, masakan yang menggunakan kaedah tumisan hanyalah memerlukan sedikit sahaja (satu sudu) minyak, suhu yang rendah, tidak melebihi titik panas, tidak dimasak terlalu lama dan dimasak dengan cara tumis ringkas (stir fry).

2. Garam

Adyla Rose

Tukarkan garam biasa kepada garam bukit kerana garam bukit mengandungi lebih mineral yang baik untuk tubuh badan. Walau bagaimanapun, minimumkan penggunaan garam untuk hasil yang terbaik.

3. Susu rendah lemak

Adyla Rose

Pilih susu rendah lemak berbanding susu jenis yang lain yang ditawarkan di pasaran.

4. Susu badam (almond milk)

Adyla Rose

Susu badam mengandungi kalori paling rendah iaitu 100 ml = 39 cal.  Jadi, susu ini merupakan satu pelaburan yang baik!

5. Yogurt Greek

Adyla Rose

6. Teh hijau

Adyla Rose

7. Kopi rendah kalori

Adyla Rose

8. Sos dressing untuk salad

Adyla Rose

Jika anda mahu meletakkan sos dressing pada salad, letakkan satu sudu sos dressing untuk setiap hidangan dan jangan lebih daripada jumlah itu.

9. Perasa makanan

Adyla Rose

10. Biji chia (chia seed)

Adyla Rose

11. Kekacang tanpa garam

Adyla Rose

12. Cuka epal

Adyla Rose

13. Bijirin oat

Adyla Rose

14. Coklat

Adyla Rose

Untuk menjaga diet pemakanan yang baik, pilih coklat di pasaran yang mengandungi 85% koko dan ke atas sahaja.

15. Stevia

Adyla Rose

Gantikan penggunaan gula biasa dalam minuman dengan stevia, sejenis manisan semula jadi yang dapat mengawal tahap kesihatan.

Selamat mencuba!

Sumber: Adyla Rose

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds