Tisoy dahulunya merupakan seekor kucing jalanan tanpa tempat tinggal. Tetapi kini, Tisoy mempunyai rumah, yang secara literalnya merupakan rumah kucing yang diperbuat dari kadbod.

Mount Pleasant Veterinary Group

Pada tahun 2011, seorang wanita telah menemui Tisoy yang berlegar-legar di luar sebuah apartmen di Singapura. Wanita itu memutuskan untuk mengambil kucing itu dan membawanya ke sebuah klinik haiwan yang dikendalikan oleh Mount Pleasant Veterinary Group, dengan harapan agar kakitangan klinik itu dapat menemui rumah baharu untuk Tisoy.

Tetapi ternyata, Tisoy sebenarnya sudah mempunyai rumah. Hal ini diketahui apabila seorang kanak-kanak lelaki datang ke klinik itu untuk mencari Tisoy yang ‘hilang’.

Mount Pleasant Veterinary Group

“Kami mendapati pemiliknya adalah seorang kanak-kanak lelaki yang… tidak mempunyai masa untuk menjaga Tisoy,” kata Jaclyn Liew, pegawai pendidikan dan komunikasi di Mount Pleasant Veterinary Group, kepada The Dodo. “Dia faham bahawa Tisoy akan menerima lebih banyak perhatian dan kehidupan yang lebih baik bersama kami.”

Jadi dengan izin kanak-kanak lelaki itu, kakitangan klinik itu memutuskan untuk terus menjaga Tisoy, yang dalam masa yang sama menjadikannya kucing yang pertama tinggal di klinik.

Mount Pleasant Veterinary Group

“Kami jatuh cinta dengan Tisoy dengan cepat dan mudah,” kata Liew.

Tetapi ternyata, Tisoy merupakan seekor kucing yang sukar untuk dihiburkan – Tisoy mempunyai kesukaan yang tertentu dan sebaliknya.

“Pada mulanya, Tisoy mempunyai katil lembut dan tuala untuk berehat,” kata Liew. “Kemudian Tisoy mula mempunyai tabiat menendang tuala ke dalam kotak najis.”

Mount Pleasant Veterinary Group

Berikutan hal ini, dua orang pakar doktor haiwan, Dorothy Tsang dan Gillian Koh, memutuskan untuk memberikan kotak kadbod ringkas kepada Tisoy – dan Tisoy ternyata menyukainya.

“Tisoy melompat ke dalam kotak kadbod yang pertama itu dan segera berehat dengan selesa,” kata Liew.

Mount Pleasant Veterinary Group

Tsang dan Koh tidak berhenti pada idea itu sahaja – mereka memutuskan untuk membuat rumah kadbod yang mewah untuk Tisoy ketika masa lapang mereka. Rumah kadbod pertama Tisoy adalah berbentuk kafe.

Mount Pleasant Veterinary Group

“Biarpun ketika rumah itu belum siap, Tisoy akan masuk dan keluar, memeriksa dan mengintip melalui tingkap,” kata Liew. “Kemudian, Tisoy juga belajar cara untuk membuka pintu – kami mengetuk pintu, Tisoy akan membuka pintu dengan kakinya dan Tisoy diberikan ganjaran.”

Mount Pleasant Veterinary Group

Selepas rumah berbentuk kafe, Tisoy mendapat rumah igloo…

Mount Pleasant Veterinary Group

Seterusnya ambulans untuk haiwan…

Mount Pleasant Veterinary Group

Dan gereja…

Mount Pleasant Veterinary Group

Rumah gingerbread…

Mount Pleasant Veterinary Group

Bar sushi…

Mount Pleasant Veterinary Group

Tokong Cina…

Mount Pleasant Veterinary Group

Dan tidak ketinggalan, replika klinik Mount Pleasant Veterinary Group!

Mount Pleasant Veterinary Group

Tisoy jelas sekali sangat menyukai semua rumah-rumah baharunya.

Rumah-rumah kadbod Tisoy ini mampu bertahan dari beberapa minggu hingga beberapa bulan, jelas Liew. Dan apabila Tisoy sudah bersedia untuk sebuah rumah baharu, Tisoy akan memastikan kakitangan klinik mengetahuinya.

Mount Pleasant Veterinary Group

“Semasa waktu rehat, Dorothy dan Gillian akan membuat rumah kucing untuk kucing di klinik kami,” kata Liew. “Sering kali apabila Tisoy melihatnya, Tisoy akan cuba memusnahkan rumahnya pada masa itu, seolah-olah ‘memberitahu’ Dorothy dan Gillian bahawa dia juga mahu rumah baru.”

Tetapi, Tsang dan Koh masing-masing tidak kisah dengan hal ini kerana mereka sangat menikmati peluang untuk memanjakan kucing kesayangan mereka itu.

Mount Pleasant Veterinary Group

“Membuat rumah untuk Tisoy dan pesakit kucing kami begitu memuaskan dan memberi ganjaran,” kata Koh. “Kotak bagi kucing adalah seperti tempat yang selamat, sebuah gua yang mana mereka boleh berlindung.”

“Tisoy mencintai rumah-rumahnya, pesakit kucing kami sukakannya dan pemilik mereka juga sukakannya. Membuat rumah kucing membantu kami menghilangkan tekanan dan berehat, dan rumah-rumah ini mempunyai kesan yang sama pada Tisoy dan pesakit kucing kami,” Tsang memberitahu The Dodo.

Sumber: The Dodo

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds