Video seorang wanita yang merupakan jurutol di Guizhou, China menjadi tular di media sosial. Dia yang sedang bertugas kelihatan sedang menangis sambil mengesat air matanya kerana dimarahi oleh pemandu-pemandu yang menunggu lama dalam barisan.

Ia sebenarnya merupakan suatu salah faham, yang membuatkan barisan menjadi panjang dan pemandu-pemandu terpaksa menunggu lama adalah berpunca daripada sebuah kereta yang rosak. Jurutol itu terpaksa membantu mengalihkan kereta yang rosak tersebut untuk melancarkan trafik.

Pemandu-pemandu bertindak menyalahkannya dan memarahinya kerana menunggu lama. Dia mengesat air matanya dan kemudian memaksa dirinya untuk mengukirkan senyuman kerana tidak mahu pemandu-pemandu melihatnya menangis serta mahu kekal profesional ketika bertugas.

Video rakaman itu menjadi tular di media sosial China dan ramai netizen tersentuh melihat wanita itu menangis:

Sementara itu, satu lagi video tentang jurutol di China yang menjadi tular di media sosial. Video yang menjadi sensasi di media sosial ini menunjukkan seorang jurutol lelaki yang lagaknya seperti robot ketika bertugas.

Senyuman tidak pernah lekang di wajahnya dan setiap pergerakannya kelihatan seperti robot. Syarikat lebuh raya tersebut menyediakan latihan perkhidmatan untuk setiap pekerjanya dan lelaki di dalam video ini diangkat sebagai model untuk pekerja syarikat itu.

Tonton video tersebut di bawah:

Sumber: South China Morning Post|FacebookSouth China Morning Post, Doggatel

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds