Jika anda menjalani hari yang malang, kami pasti entri ini akan membuat anda tersenyum semula. Mana tidaknya, lihat sahajalah telatah comel memerang ini. Terlalu comel!

Cocomy

Memerang di Akuarium Osaka ini telah mencairkan hati ramai pengunjung. Memerang ini sangat menyukai ais dan memerang ini mempunyai reaksi yang sangat comel apabila menerima ais.

Dari riak mukanya, kita semua tahu betapa gembiranya memerang ini kerana dapat memegang objek kesukaannya!

Cocomy

Penjaga akuarium ini memberikan sebongkah ais berbentuk hati kepada memerang laut ini dan lihatlah wajahnya yang comel itu… siapa sahaja yang tidak cair hati melihatnya?

Cocomy

Memerang ini memegang bongkah ais itu dengan sangat berhati-hati, mungkin kerana bimbang ais itu jatuh dan berkecai.

Kerana memerang begitu baik menggunakan tangan mereka untuk makan, mereka juga turut menggunakannya untuk mengambil apa-apa objek. Misalnya, selepas berjaya menangkap kerang atau udang karang di lantai laut, mereka lazimnya akan membawa batu bersama untuk menggunakannya sebagai bahan pemotong makanan mereka. Bijak sungguh memerang!

Cocomy

Memerang juga terkenal dengan telatah bersahaja mereka yang sangat comel dan menghiburkan sesiapa sahaja yang melihatnya. Misalnya, mereka begitu gemar terapung di permukaan air sambil berbaring menghadap ke langit. Santai sungguh gayanya tetapi sangat comel!

Cocomy

Cocomy

Bagi memerang yang satu ini pula, nampaknya memerang ini memilih untuk melakukan aktiviti kegemarannya sambil memeluk objek kegemarannya; bongkah ais. Aduhai, comel sungguh memerang ini!

Cocomy

Sumber: Cocomy

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds