Seorang pegawai mahkamah di Mississippi, Amerika Syarikat terkejut apabila melihat teman lelakinya muncul di bilik bicara mahkamah dengan pakaian lokap dan digari.

Wajah Tiffany Allison yang ketika itu sedang bertugas kelihatan begitu terkejut apabila melihat teman lelakinya yang diiringi oleh dua orang anggota polis berjalan masuk ke dalam bilik bicara mahkamah tersebut.

“Pada ketika itu, saya benar-benar menyangka dia menghadapi masalah!” Tiffany Allison memberitahu InsideEdition.com.

Teman lelakinya, Brett Stidham sebenarnya ingin membuat kejutan untuk melamar Allison. Allison tidak mengetahui rancangan tersebut dan menyangka teman lelakinya telah melakukan kesalahan.

Apa yang mengejutkan Allison lagi, belum sempat dibicarakan, Stidham terus membuat pengakuan menyatakan bahawa dia bersalah. “Saya bersalah,” kata Stidham kepada Allison dalam video ini, “kerana sangat mencintai … gadis impian saya.”

Allison kelihatan tidak dapat berkata-kata selepas mendengar pengakuan teman lelakinya itu. Kemudian, Stidham terus melamar Allison di dalam bilik mahkamah itu. Allison kelihatan sangat tersentuh dan mengalirkan air mata.

Hampir kesemua orang yang berada di dalam bilik mahkamah tersebut berpakat dengan teman lelakinya untuk membantu membuat kejutan itu, termasuk penyelianya.

Lihat reaksi Allison dalam video di bawah:

Sumber: Daily Mail|Facebook, Inside Edition

Maybe you're interested :

Share

Video Popular