Yago merupakan seekor anjing yang memiliki personaliti menyenangkan dan berjiwa murni. Bukan itu sahaja, bahkan Yago boleh diharap sehingga turut dianggap sebagai wira!

Yago dibela oleh sebuah keluarga yang menetap di Argentina. Pada suatu hari, Yago sedang berjemur di bawah matahari dan tiba-tiba mendengar bunyi haiwan seperti berada dalam kesusahan. ‘Ibu’ Yago, Mariana Corti dan pasangan juga turut terjaga daripada tidur.

“Apabila kami bangun, kami dengar bunyi seperti pergaduhan yang datang daripada patio. Setelah kami lihat di luar tingkap, kami dapati seekor burung merpati di dalam kolam renang.”

Setelah itu, Mariana berasa kagum setelah melihat Yago terus bertindak! Yago enggan duduk sahaja menyaksikan rakan haiwannya itu dalam kesusahan. Berikut merupakan apa yang berlaku selepas itu:

Sememangnya Yago wajar dianggap wira kerana telah menarik burung berkenaan daripada kolam renang agar burung itu boleh mengembalikan tenaganya lalu terbang. Tidak dapat dinafikan bahawa Yago memang memiliki keberanian yang tinggi dan harus dipuji.

Tindakan Yago menyelamatkan burung merpati tersebut seolah-olah satu aksi berasaskan nalurinya. Ia mencerminkan kebaikan yang tertanam dalam hati Yago. “Yago, ‘anak’ kesayangan saya. Saya sayangkan kamu,” tulis Mariana. Semoga kita semua mengambil iktibar akan keberanian Yago itu ya.

Sumber: The Dodo, 7Corrientes/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds