Perbezaan bahasa kadangkala boleh mendatangkan salah faham dalam kalangan kita. Meskipun situasi tersebut agak mudah, namun disebabkan oleh halangan bahasa, dua individu pasti akan mengalami kesukaran untuk berkomunikasi.

Inilah yang terjadi kepada seorang pelajar antarabangsa apabila dia telah dimasukkan ke sebuah hospital di China. Lebih merumitkan lagi keadaan, pelajar ini telah diletakkan di bawah jagaan seorang jururawat yang langsung tidak tahu berbahasa Inggeris.

Meskipun berdepan halangan, ia langsung tidak dijadikan alasan buat jururawat ini untuk memberikan maklumat perubatan yang tepat buat pesakitnya itu. Jadi, jururawat ini telah menggunakan satu pendekatan unik dan kreatif.

Dia dikatakan telah menulis sehelai nota terperinci dengan menggunakan grafik yang agak mengejutkan! Anda yang melihatnya pasti akan terkedu apatah lagi pelajar yang sedang sakit ini.

Seorang pengguna Reddit dikenali sebagai WaspDog telah memuat naik nota berkenaan dan membuatkan ia secara serta-merta menjadi tular. Ramai netizen yang terhibur dengan mesej yang ingin disampaikan oleh jururawat itu.

Berdasarkan nota itu, secara spontannya anda akan faham bahawa pesakit tidak dibenarkan untuk makan dan minum selepas jam 10 kerana keesokan paginya iaitu pada jam 8, pelajar itu perlu menjalani pembedahan.

Bagaimanapun, apa yang membuatkan kisah ini menjadi lebih melucukan adalah interpretasi ataupun terjemahan lucu yang dilontarkan oleh netizen-netizen.

123RF

Antaranya:

“Malam ini selepas jam 10, tidak boleh makan atau minum. Esok pagi pukul 8 awak akan dibunuh”.

Frostdynamite

“Selepas pukul 10, jangan makan, jangan minum kerana esok pagi pukul 8, awak akan makan kek strawberi. Jangan hilangkan selera awak”.

Admiral_Nowhere

“Tiada makan, tiada air. Esok pagi pukul 8 kami akan makan awak”.

Error_101_

“Tiada makanan dan minuman selepas jam 10. Esok pagi jam 8 awak akan disunat. Okay??”.

Ahhr Jhe

Satu insiden yang sangat melucukan dan menggeletek hati. Pasti anda tidak kering gusi membaca artikel ini.

Sumber: Bored Panda

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds