Pada tahun 2007, Tata Motors dengan kerjasama Motor Development International (MDI), firma Perancis untuk melancarkan sebuah kereta yang dikuasakan oleh udara termampat. Projek kerjasama kedua-dua syarikat itu dinamakan sebagai Airpod.

Kereta konsep telah diumumkan pada akhir 2011 dan konsep enjin berjaya diuji dalam dua kereta Tata, yang membolehkan Tata dan MDI meneruskan ke fasa seterusnya. Kereta konsep AirPod yang diperkenalkan adalah sangat ringan dan kecil tetapi ia memiliki tiga tempat duduk orang dewasa dan kanak-kanak, menggunakan kayu bedik (joystick) dan bukannya stereng, mempunyai kelajuan tertinggi di bawah 80 kilometer sejam, dan boleh bergerak sejauh 200 kilometer pada tangki penuh (udara).

Kredit: Indian Nerve

Airpod pada asalnya dicipta oleh Motor Development International (MDI) di Perancis, tetapi telah dilesenkan oleh Tata Motors. Mereka akan memasarkannya di Hawaii dengan rakan kongsi francais Zero Pollution Motors.

Sama ada Tata akan berjaya dalam usaha mesra alam sekitar mereka masih menjadi tanda tanya, kerana MDI pernah melesenkan teknologinya kepada syarikat Swiss Catecar, tetapi syarikat itu gagal memanfaatkan teknologi itu dan lebih berminat terhadap kereta kuasa elektrik.

Kredit: Gazette Review

Kereta kuasa elektrik menawarkan penyelesaian bahan api alternatif yang lebih menjanjikan daripada petrol. Kereta kuasa elektrik telah pun dipasarkan kepada orang ramai, dan terdapat stesen cas elektrik di sesetengah negara.

Kredit: Pinterest

Salah satu cabaran terbesar untuk kereta bahan api alternatif adalah tiada infrastruktur sokongan sedia ada untuk mengisi bahan bakar, dan AirPod memerlukan pengisian udara termampat khas untuk bergerak. Tangki kereta tersebut perlu diisi 175 liter udara termampat, dan ini akan menjadi salah satu cabaran utama untuk menjadikan teknologi ini berfungsi dengan efisien.

Tidak dapat disangkalkan lagi, teknologi kereta berkuasa udara termampat ini dapat mengurangkan kemusnahan alam sekitar dan kekurangan tenaga. Kereta ini lebih ringan daripada kereta konvensional kerana bahan pembinaan yang digunakan adalah aluminium yang membuatkan beratnya sangat ringan dan sekaligus menjadikannya lebih cekap tenaga.

Perjanjian antara Tata Motors dan MDI sedang berjalan seiring dengan teknologi yang dipindahkan dan bukti kereta konsep yang berjaya dilakukan. Pembangunan enjin udara termampat telah selesai untuk aplikasi kenderaan. Apa yang tinggal adalah untuk membawa produk tersebut ke pasaran.

Sumber: Vines

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds