Beberapa minggu lalu, sebuah tandas di Terengganu telah dipilih sebagai tandas awam paling bersih di seluruh Asia Tenggara. Sememangnya satu pencapaian yang menakjubkan dan membanggakan negara!

Kini, di Perak pula sebuah sekolah rendah telah menjadi berita tumpuan apabila memperkenalkan penggunaan sistem berteknologi tinggi bagi mengimbas identiti para pelajar yang menggunakan tandas di sekolah berkenaan.

Astro AWANI

Menurut laporan Malay Mail, para pelajar di SK Tanah Hitam kini perlu mengikuti peraturan baharu di mana mereka perlu mengimbas kad pengenalan masing-masing setiap kali sebelum dan selepas menggunakan tandas.

Astro AWANI

Sistem yang dikenali sebagai ‘Touch N Toilet’ itu telah diperkenalkan pada tahun lalu di sebuah sekolah rendah yang terletak di Chemor, Perak. Sistem yang menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) ini dikatakan mampu mengesan kekerapan dan tempoh seseorang pelajar berada di dalam tandas.

Astro AWANI

Selain daripada penggunaan alat pengimbas itu, setiap tandas di sekolah terbabit turut dilengkapi dengan kemudahan kamera pengawasan litar tertutup (CCTV) yang bertujuan untuk mengawasi tindak-tanduk pelajar ketika berada di dalam tandas.

Astro AWANI

“Inisiatif pihak sekolah ini secara tidak langsung akan menghalang pelajar daripada membuang masa terlalu lama di dalam tandas. Ia juga dapat mengatasi masalah vandalisme atau buli di kawasan tertutup seperti tandas,” kata guru besar sekolah, Halimatus Sadiah Mohd Shariff.

Astro AWANI

Melalui temubual, guru besar turut menegaskan bahawa sekolah turut memasang ciri ‘penjimatan air’ dengan kepala paip baharu dalam setiap tandas. Kemudahan kepala paip baharu ini dikatakan mempunyai sistem pengimbas infra merah yang mampu menjimatkan air sebanyak 70%.

Astro AWANI

Bukan itu sahaja, pihak sekolah turut menyediakan monitor khas di dalam tandas untuk memberi tunjuk ajar kepada setiap murid tentang cara-cara mencuci tangan dengan betul.

Hebat, sungguh mengagumkan!

Sejak adanya kesemua teknologi ini, tandas berkenaan telah dianugerahkan sebagai ‘Tandas Sekolah Rendah Terbersih’. Menurut Utusan, anugerah itu telah disampaikan sempena Sambutan Hari Tandas Sedunia 2019 yang diadakan di Stadium Indera Mulia, Perak.

Sumber: Utusan Online, Malay MailAstro AWANI

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds