Selain dikenali sebagai burung yang comel dan pintar, burung kakak tua juga terkenal dengan kebolehannya meniru perbuatan manusia yang berada di sekelilingnya. Anda mungkin biasa melihat burung kakak tua meniru manusia bercakap dan bernyanyi, tetapi pernahkah anda melihat kakak tua meniru gaya manusia tidur?

Dalam video pendek yang dimuat naik oleh sebuah akaun Instagram, seekor burung kakak tua dilihat terbaring di lantai sangkarnya dalam keadaan matanya tertutup. Pemilik burung kakak tua menyangka sesuatu yang buruk telah berlaku kepada burung comel itu tetapi ternyata burung itu masih hidup!

Burung itu tidak bergerak

Semuanya bermula ketika pemilik burung tersebut mahu memeriksa burung-burungnya yang berada di dalam sangkar. Ketika itulah dia terlihat seekor burungnya terbaring di atas lantai sangkar.

Pemilik burung berasa terkejut dan cuba menggerak-gerakkan burung kakak tua itu

Dia menyangka burungnya itu sudah mati tetapi tiba-tiba burung itu membuka matanya apabila pemilik burung itu menyentuh perutnya.

Lihatlah, burung comel itu membuka matanya!

Rupa-rupanya burung kakak tua itu tidak mati cuma tidur sahaja! Biasanya burung tidur dalam keadaan duduk di atas kakinya tetapi apabila melihat burung kakak tua tidur dengan gaya seperti manusia ini, memang sangat menarik!

“Saya baik-baik sahaja, cuma mahu tidur sebentar!”

Tontonlah video yang disediakan ini, pasti anda pun akan turut terhibur!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular