Tiga orang chef Malaysia telah berjaya mendapat tempat pertama dan mengharumkan nama Malaysia dalam Piala Dunia Pastri 2019 yang diadakan di Lyon, Perancis pada 27 hingga 28 Januari lepas.

Pasuka Malaysia antara 21 negara yang layak ke peringkat akhir termasuk Jepun, Belgium, Brazil, dan Amerika Syarikat. Pasukan Malaysia muncul juara dengan pasukan Jepun di tempat kedua dan Itali di tempat ketiga.

Untuk kali ini, penganjur menampilkan sedikit kelainan apabila setiap hidangan perlu berasaskan sayuran atau mencerminkan gaya hidup vegetarian.

Walau bagaimanapun, kek mereka yang diukir menjadi monyet berpakaian seperti Elvis, berjaya menarik perhatian para juri dan dengan demikian, mereka dinobatkan sebagai juara.

Kredit: AFP

Semasa pertandingan, setiap pasukan mempunyai 10 jam untuk membuat beberapa pencuci mulut seperti yang disebutkan di bawah:

  • Pencuci mulut berasaskan coklat dan madu.
  • Pencuci mulut berasaskan buah-buahan.
  • Pencuci mulut tanpa mentega, krim, telur atau sebarang produk berasaskan haiwan.

Piala Dunia Pastri biasanya diadakan setiap dua tahun dan dianjurkan oleh Lyon Gastronomy Fair. Pasukan Malaysia dianggotai oleh tiga orang chef pastri, Wei Loon Tan, Otto Tay dan Ming Ai Loi yang diketuai oleh pengajar dan ketua chef daripada Universiti Sunway, Patrick Siau.

Tahniah pasukan Malaysia!

Sumber: star2.comcmpatisserie/Instagram

 

 

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds