Mark Dumas, berusia 67 tahun, adalah satu-satunya lelaki di dunia ini yang berani berenang bersama beruang kutub. Pengendali beruang kutub yang sangat berani ini dari Abbotsford, British Columbia, kerap berenang bersama beruang kutub berusia 23 tahun, Agee, di kolam renang rumahnya.

Mereka kelihatan gembira bermain air bersama. Mark Dumas dan isteri, Dawn melatih beruang kutub 800 paun untuk membintangi iklan TV berbajet tinggi. Agee juga pernah tampil dalam filem ‘Alaska’ pada tahun 1995 ketika baru berusia beberapa minggu.

Selepas beberapa bulan Agee terlibat dalam penggambaran filem tersebut, beruang kutub tersebut dikembalikan kepada Mark.

Agee yang masih kecil ketika itu dilatih dan dijaga oleh Mark dan isterinya, Dawn.

Mark dan Agee sentiasa bermain dan bergurau bersama.

Mereka turut berenang dan mandi bersama.

Agee dibesarkan oleh Mark dan Dawn sejak berusia enam minggu sehinggalah menjadi besar sebegini.

Agee juga pandai merajuk jika dibiarkan sendirian untuk tempoh yang lama.

Tonton gelagat Mark dan Agee berenang bersama dalam video di bawah:

Sumber: Barcroft TV|YouTube

 

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds