‘Genggam bara api biar sampai jadi arang’. Itulah peribahasa yang sering digunakan bagi menggambarkan usaha seseorang melakukan pekerjaan sehingga berjaya mencapai matlamatnya.

Seorang peladang dari Kanada yang dikenali dengan nama Joe Murray nampaknya telah memegang peribahasa ini di dalam hidupnya sejak 14 tahun yang lalu.

Joe yang pada awalnya menjadikan aktiviti ini sekadar hobi sampingan akhirnya memutuskan untuk menamatkan kerjanya itu sehingga ke akhirnya.

Joe

Sejak tahun 2005, Joe telah menggali tanah di bahagian bawah rumahnya dengan menggunakan jentolak mainan kawalan jauh.

“Ia adalah hobi, cara saya lari dari realiti hidup. Saya cekap menggunakan kedua-dua belah tangan dan memiliki keupayaan mata yang baik. Saya bijak menilai jarak yang jauh. Minda saya boleh menggambarkan beberapa senario berlainan untuk memastikan projek ini sempurna, menghasilkan pelan terbaik bagi mengurangkan risiko kegagalan kos”.

Joe

Penggemar alat mainan kawalan jauh ini mendakwa bahawa dia telah memindahkan sekitar 3 meter³ tanah setiap tahun. Pada tahun 2010 pula, Joe dikatakan telah membeli sebuah jentera pengorek JD850 seberat 40 kg yang dilengkapi dengan alat penekan hidraulik.

Menurut Joe, “Saya perlu menggunakan sedikit air untuk melembapkan tanah yang kering dan keras seperti granit ini”.

Joe

Sepanjang melakukan aktivitinya itu, Joe sentiasa memuat naik video perkembangan projeknya itu ke laman YouTube dan sehingga kini, video berkenaan telah menular dengan segera sehingga meraih lebih daripada 6.3 juta tontonan!

Setelah selesai menggali dan meratakan tanah di bahagian bawah rumahnya, Joe kini menyimpan hasrat untuk mengubahsuai bangsal miliknya pula.

Joe

“Mengenai bangsal itu, saya terfikir untuk meratakan dan membesarkan kawasan bangsal. Untuk projek sebesar itu, saya memerlukan model permainan R/C yang lebih berkuasa tinggi”.

Joe

Tambah Joe lagi, “Saya mungkin akan menggali kolam dengan laluan sungai untuk kapal tunda/tongkang… Tengoklah macam mana nanti”.

Penularan kisah Joe dan hobinya yang unik ini membuatkan netizen memberikan pelbagai reaksi positif.

Joe

“Di mana saya boleh mendapatkan alat permainan seperti itu? Saya juga terfikir untuk membina kolam mini di belakang rumah”.

Seorang lagi netizen menulis komen, “Lelaki ini mempunyai matlamat. Saya sukakannya”.

Rakaman yang memaparkan bagaimana jentera mainan itu beroperasi:

LilGiantsConstrCo | YouTube

Sumber: Bored PandaLilGiantsConstrCo | YouTube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds