Ramai antara kita yang suka makan pulut. Jika dalam majlis-majlis keramaian pastinya pulut kuning menjadi pilihan ramai. Jika pulut kuning biasanya akan dimakan bersama rendang atau kari ayam atau daging. Bagi yang suka akan buah-buahan pastinya terfikir untuk menggabungkan antara buah dan pulut. Kita mungkin biasa melihat pulut durian atau mangga tetapi kali ini mari cuba resipi pulut baru iaitu pulut nangka!

Nangka sememangnya sedap dimakan begitu sahaja. Rasanya yang manis dan lembut bukan sahaja digemari oleh golongan dewasa tetapi kanak-kanak juga menyukainya. Jadi, buat anda yang suka akan nangka inilah masanya untuk mencuba resipi baru, pulut nangka dan sos santan. Pasti menyelerakan!

Berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara untuk membuatnya:

BAHAN-BAHAN:

  1. Buah nangka
  2. Beras pulut yang telah direndam selama 8 jam atau kurang
  3. Santan Pekat (guna santan kotak, lagi pekat lagi bagus)
  4. Garam
  5. Gula
  6. Daun pandan (pilihan)

CARA-CARA:

Pulut

  1. Mula-mula toskan pulut yang direndam kukus dalam periuk kukus letak daun pandan untuk mendapatkan bau yang wangi.
  2. Masukkan santan pekat ke dalam bekas lalu masukkan garam dan gula dan kacau sehingga gula larut.
  3. Pulut yang sudah masak (dikukus) tadi boleh angkat dan gaul bersama santan tadi sehingga santan meresap.
  4.  Lepas itu, masukkan semula dalam periuk pengukus dan kukus sekali lagi sampai keluar wap. Angkat penutup dan taburkan gula dan gaul menggunakan senduk sehingga sekata. Tutup api dan biarkan ianya sejuk.

Nangka

  1. Asingkan buah nangka dan bijinya.
  2. Ambil pulut yang sudah sejuk tadi dan kepal-kepalkan lalu masuk ke dalam ‘perut’ nangka.
  3. Selepas itu masukkan nangka tadi ke dalam periuk pengukus dan kukus selama 3 hingga 5 minit untuk melembutkan nangka. Jangan kukus terlalu lama kerana nangka akan menjadi lembik membuatkan rasanya kurang enak. Bagi yang suka makan nangka yang agak keras, anda tidak perlu mengukus nangka tersebut.

Sos/kuah

  1. Kisar santan pekat bersama isi nangka. Gunakan 5 atau ulas nangka sahaja.
  2. Letak di atas dapur dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
  3. Masukkan gula dan garam mengikut citarasa anda.

Mudah bukan? Sediakan bahan-bahan dan mula masak sekarang!

Kredit: Zalipah Ibrahim

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds