Kisah yang akan dikongsikan kali ini mencatatkan betapa tingginya pengorbanan seorang bapa demi menyelamatkan nyawa anaknya sehingga sanggup membahayakan nyawanya sendiri.

Bapa yang berasal dari Filipina ini dikenali sebagai Tejada Abulhasan sanggup mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan anaknya yang hampir lemas dengan menggigit kaki seekor buaya dewasa supaya buaya itu akan melepaskan anaknya.

History

Menurut Sinar Harian, Diego Abulhasan, 12 tahun sedang mandi-manda bersama adiknya di sebatang sungai yang terletak berdekatan rumah mereka di Balabac. Kemudian secara tiba-tiba, seekor buaya telah menyerang kedua beradik ini dan menarik Diego jauh ke dalam sungai.

Sebaik sahaja mendengar jeritan anaknya itu, Tejada segera berlari ke sungai dan tanpa sebarang perasaan ragu-ragu, dia terus terjun sambil berbekalkan sekeping papan kayu.

Tejada memukul buaya itu berkali-kali dan menumbuknya namun buaya itu tetap enggan melepaskan Diego. Akhirnya, Tejada menggigit kaki buaya yang ganas itu sekuat mungkin supaya anaknya dilepaskan.

 

Sinar Harian

Mengejutkan, gigitan sekuat hati Tejada itu membuatkan buaya itu terus melepaskan Diego dan berlalu pergi dari kawasan tersebut. Setelah berjaya mendapatkan anaknya, Tejada segera membawa Diego ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan.

Nasib baik, Diego hanya mengalami kecederaan ringan dan parut luka serta dibenarkan keluar hospital kira-kira dua hari kemudian.

Jelas Tejada, “Adrenalin dalam badan saya terlalu tinggi sehingga saya tiada masa untuk berfikir. Saya sedang memukul buaya itu tetapi buaya itu enggan melepaskan anak lelaki saya. Saya seperti sedang bertinju dengan buaya itu dan kami memandang tepat ke mata satu sama lain”.

“Secara tiba-tiba, saya terfikir untuk menggigitnya. Saya memegang kakinya dan menggigit sekuat mungkin,” kata Tejada lagi.

 

Social News Daily

Berdasarkan siasatan pihak polis, didapati Diego dan adiknya sedang membersihkan diri di sungai sebelum tiba-tiba didatangi seekor buaya. Buaya itu kemudiannya menggigit lengan kiri Diego dan menariknya jauh ke dalam sungai.

Superintendan Socrates Faltado turut memuji keberanian Tejada dalam menyelamatkan anaknya. Disebabkan oleh bapa inilah, anaknya Diego masih lagi hidup bernyawa sehingga ke hari ini.

Diharap agar Diego segera sembuh dan boleh membalas jasa bapanya.

Sumber: Sinar Harian, Social News Daily

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds