Seorang bapa, Mohd Nari Bin Jaafar, 66 tahun menggunakan kreativitinya mencipta kipas menggunakan suis periuk nasi. Kipas ciptaan lelaki ini mendapat perhatian orang ramai apabila anaknya sendiri iaitu Nurul Husni atau dikenali sebagai Jo berkongsi kisah bapanya itu di laman Twitter.

Malah terdapat video yang membuktikan bahawa kipas tersebut berfungsi dengan baik!

Menurut perkongsian tersebut, bapanya yang lebih dikenali dengan nama Pok Wi bukanlah seorang jurutera tetapi beliau mampu untuk mencipta pelbagai benda yang kreatif.

Menurutnya lagi, bapanya itu tidak pernah ke mana-mana kelas untuk membuat pelbagai produk kreatif ini. Pok Wi juga tidak belajar tinggi sehingga masuk universiti, tetapi Tuhan telah menganugerahkannya daya kreativiti yang tinggi.

Tongkat yang membantunya berjalan dibuat sendiri sepenuhnya.

JojoanneRant|Twitter

Sewaktu sekolah menengah, Pok Wi tiba-tiba mendapat idea untuk membuat bunga keladi menggunakan tempurung kelapa. Pok Wi mengambil tempurung kelapa di kedai santan. Apabila siap, Pok Wi akan berikan satu kepada tuan kedai sebagai hadiah.

JojoanneRant|Twitter

JojoanneRant|Twitter

Selain itu, Pok Wi juga pandai melukis, membuat keris, pisau dan ukir sarungnya. Malah rokok paip kayu dan hiasan rumah dari bongkah kayu turut dibuat olehnya.

JojoanneRant|Twitter

JojoanneRant|Twitter

JojoanneRant|Twitter

Pok Wi juga akan membaiki sendiri peralatan rumah yang rosak. Menurut Jo, bapanya selalu pergi ke kedai besi buruk untuk membeli seterika dan periuk nasi yang rosak untuk dibaiki sendiri. Selepas dibaiki, peralatan elektrik tersebut dapat berfungsi dengan baik.

Memandangkan tiada bisnes untuk dipromosikan, Jo hanya meminta pembaca supaya mendoakan kesihatan bapanya.

Sumber: JojoanneRant|Twitter, Himpunan Cerita Lawak

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds