Semua orang tahu kucing amat tangkas menangkap tikus, tetapi tahukah anda kucing lebih tangkas apabila menangkap ikan? Dalam sekelip mata seekor kucing boleh menjadi sungguh tangkas dan cekap dalam menangkap ikan, dan dia sangat hebat!

Dalam satu rakaman video, kedengaran beberapa orang sedang berada di tepi pantai sambil bersantai dan melakukan aktiviti memancing. Ketika menunggu umpan dimakan ikan, mereka telah melihat seekor kucing yang sedang memerhatikan sekumpulan ikan yang sedang memakan umpan di tepi laut.

Kredit : Funnymomo/Facebook

Kucing ini berada amat dekat di tepi laut sambil menjengukkan kepalanya di atas air dan meninjau ikan-ikan yang mahu ditujunya dengan pandangan tajam.

Kredit : Funnymomo/Facebook

Air laut agak tenang, tetapi para pemancing dan pengunjung pantai itu berasa bimbang melihat aksi kucing ini yang begitu berani dan mereka berasa takut dia akan terjatuh ke dalam laut.

Kredit : Funnymomo/Facebook

Tetapi, kucing ini sudah pasti mempunyai pengalaman. Dia sudah tahu di mana sasaran yang akan dituju. Secara tiba-tiba dan dengan pantas sekali, seekor ikan segar telah dapat digapai dan berada di dalam mulutnya.

Kredit : Funnymomo/Facebook

Dalam sekelip mata, seekor ikan segar telah dapat ditangkap dengan hanya menggunakan ketangkasan memburu dan naluri seekor kucing.

Kredit : Funnymomo/Facebook

Sementara pemancing yang lain sedang tertunggu-tunggu umpan di mata kail dimakan oleh ikan, kucing ini sudah mendapat makanannya pada hari itu dalam jangka masa beberapa saat sahaja. Sungguh hebat dan mengagumkan!

Lihat video kucing tangkas menangkap ikan di bawah.

Kredit : Funnymomo/Facebook

Kredit : PraiseTruth/ Facebook

Sumber : Funnymomo /Facebook , Happy Share

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds