Cincin merupakan aksesori yang memiliki nilai sentimental tertentu bagi setiap individu. Selain daripada berharga, cincin turut dijadikan sebagai simbol kepada ikatan sesebuah perhubungan yang komited sama ada pertunangan mahupun perkahwinan.

Jadi, apabila seseorang kehilangan cincin secara tidak sengaja, perkara ini pastinya akan membuatkan sesiapa sahaja menangis kerana kecewa dengan kecuaian diri sendiri…

Kejadian tidak dijangka ini telah berlaku kepada seorang wanita yang telah bertunang bernama Michele Arias. Michele sangat menyayangi cincin pertunangannya itu. Jadi, apabila dia menyedari cincinnya tercicir di sebuah pantai yang terletak di Costa Rica. Michele telah menghabiskan masa berjam-jam untuk mengorek pasir dan mencari cincinnya itu.

Charlotte Observer 

Sambil mencari, Michele akan menangis kerana dia sangat berharap agar dapat menemui semula cincin tersebut. Apatah lagi apabila tunangnya, Doug Cotty baru sahaja melamar kira-kira tiga hari yang lalu.

Kehilangan cincin ini bermula apabila kedua-dua pasangan ini sedang bercuti di pantai berkenaan. Michele kemudiannya telah menanggalkan cincin tersebut untuk menyapu krim pelindung cahaya dan menyimpan cincin berlian satu karat itu ke dalam poket baju Doug.

Malah, Michele turut menepuk lembut dada Doug dan berkata, “Cincin saya ada dalam poket awak” bagi mengingati kedua-dua mereka untuk tidak menghilangkannya…

Flickr

Akan tetapi, Doug telah terlupa akan perkara itu sewaktu mereka menyaksikan sekumpulan penyu laut. Doug kemudiannya menanggalkan baju dan menggantung baju tersebut pada dahan pokok. Akhirnya, mereka mula menyedari bahawa mereka telah kehilangan cincin yang berharga itu!

Setelah puas mencari, pasangan ini akhirnya menyerah kalah dan menaiki penerbangan pulang ke rumah pada keesokan harinya.

Namun begitu, Michele tetap menaruh harapan yang tinggi untuk mencari cincin berkenaan. Jadi, dia telah memuat naik satu status di Facebook merayu kepada penduduk Costa Rica untuk mengembalikan cincin tunangnya itu sekiranya dijumpai. Malah, Michele turut menawarkan ganjaran sekiranya ada individu yang menemui dan sudi memulangkan cincin itu.

“Hai! Saya telah menghabiskan 5 hari di negara anda yang cantik dan telah bertunang di atas Gunung Berapi Irazu. Malangnya, kami telah menghilangkan cincin pertunangan di Pantai Chaman pada hari Selasa lalu dan saya sangat kecewa”.

The Tico Times

“Kami berharap agar ada orang menemuinya dan mengembalikan cincin itu kepada kami. Tolong tanya tetamu, pelanggan, rakan-rakan dan jiran anda jika mereka ada melihat atau mendengar berita mengenai seseorang telah menemui sebentuk cincin berlian. Cincin itu diwariskan kepada teman lelaki saya dan kami tidak sanggup memberitahu keluarganya bahawa kami telah kehilangan cincin itu. GANJARAN AKAN DIBERIKAN!”.

Ternyata, kuasa media sosial benar-benar berkesan apabila selepas sebulan insiden kehilangan ini berlaku, Michele akhirnya menerima satu mesej daripada seseorang yang memberitahu, “Saya telah menemui cincin anda!”.

Individu yang dikenali sebagai David Harris itu dikatakan memiliki bakat untuk mencari barang yang hilang. Sebelum ini, David pernah membantu seseorang mencari kunci keretanya yang terbenam di dalam pasir. Dalam satu insiden lain, David turut pernah menemui sebentuk cincin di Pantai Myrtle dalam masa 20 minit sahaja!

Jadi, David telah menggunakan alat pengesan logam dan menggali pasir sedalam satu kaki semata-mata untuk mendapatkan cincin itu. Selepas menemuinya, David terus memulangkan cincin itu kepada Michele.

Charlotte Observer 

Lebih mengharukan lagi, David langsung tidak mahu menerima wang ganjaran sebanyak RM2,055.50 seperti yang Michele janjikan sebelum ini.

Kata David, “Saya hargainya tetapi saya tidak menjual harta orang lain untuk diberikan kepada pemiliknya sendiri”.

Sumber: Inspire More

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds