Sebuah syarikat yang pemurah dan baik hati telah mengumumkan kepada para pekerjanya yang mereka akan menerima bonus 3 bulan gaji pada akhir tahun. Semua pekerja berasa sungguh gembira. Hasil usaha keras mereka kerana menaikkan nama syarikat telah diraikan dalam satu majlis penghargaan yang dikendalikan oleh majikan. Semasa seorang pekerja wanita bernama Li telah dijemput naik ke pentas untuk menerima bonus, majikannya telah membuat satu pengumuman tambahan dan istimewa untuk Li iaitu bersama bonus 3 bulan gaji, ia turut disertakan dengan kunci sebuah kereta baru Volvo V40.

Li merupakan seorang pekerja gigih yang telah lama berkhidmat di syarikat itu. Selama 16 tahun, Li telah berusaha keras dan memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk menaikkan nama syarikat.

Cocomy

Semasa giliran nama Li dipanggil untuk naik di atas pentas dan menerima bonus 3 bulan gaji, majikannya telah tersenyum lebar dan mencapai pembesar suara untuk membuat pengumuman, “Jika kamu lihat di sebelah kanan sana terdapat sebuah kereta Volvo warna merah, dan pihak kami akan menghadiahkannya kepada Li yang telah banyak berjasa dan bekerja keras.” Li berasa bagai tidak percaya, sehingga majikannya telah memberikan kunci kereta itu kepadanya di hadapan hadirin yang sedang bersorak gembira.

Cocomy

Pekerja gigih Li berasa bagai dalam mimpi kerana hadiah akhir tahun syarikat yang berupa sebuah kereta Volvo V40 bernilai RM917,ooo (1.5 juta yuan) itu kini telah menjadi miliknya. Sambil mengesat air mata gembira, Li berkata, “Saya tidak terfikir langsung untuk mendapat kereta ini. Saya sudah cukup berasa gembira. Tidak sangka syarikat ini begitu bermurah hati untuk menghadiahkan sebuah kereta baru kepada saya.”

Cocomy

Majikan sudah cukup bermurah hati memberi para pekerjanya dengan ganjaran bonus tiga bulan gaji, tetapi tidak cukup dengan itu telah menambah satu hadiah istimewa dan amat besar maknanya kepada Li yang telah berusaha keras dan memberikan komitmen yang tinggi kepada syarikat.

Facebook

Pada keesokan hari, Li telah datang bekerja dengan memandu kereta baru Volvo V40. Li amat berterima kasih kepada majikan dan syarikat. Syarikat ini mampu memberi ganjaran yang menarik kepada para pekerja yang sama-sama telah berusaha membawa keuntungan kepada syarikat yang mencecah nilai RM120 juta (200 juta yuan). Sememangnya, Li layak diberi ganjaran sebagai tanda terima kasih dari syarikat yang menghargai jasa dan usaha kerasnya selama 16 tahun.

Lihat video di bawah.

YouTube

Youtube

Sumber : Cocomy, YouTube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds