Tidak dinafikan, burung penguin merupakan salah seekor makhluk ciptaan Tuhan yang sangat comel dari pelbagai sudut. Apa yang lagi membuatkan kita geram adalah apabila melihat anak-anak burung penguin.

Sudahlah berbadan kecil tetapi gebu dengan paruh yang comel, sesiapa sahaja pasti akan cair hati apabila mendekati anak penguin…

Baru-baru ini, satu dokumentari terbitan BBC yang berjudul Spy in the Snow telah ditayangkan dan menerima sambutan hangat daripada para penonton. Program TV berkenaan memfokuskan kepada haiwan-haiwan yang tinggal di kawasan sejuk dan menunjukkan realiti kehidupan kumpulan haiwan itu.

Dalam klip video yang mencuri perhatian penonton ini, telah dipaparkan mengenai drama yang mengisarkan kehidupan seharian burung penguin. Sekumpulan anak penguin dilihat sedang berjalan di sebuah kawasan dipenuhi salji dan telah terserempak dengan seekor burung yang besar.

Burung itu dilihat cuba membuat onar dan ingin menangkap salah seekor burung penguin yang turut bersama-sama kumpulan anak penguin berkenaan. Nasib baik, anak penguin ini berjaya melindungi rakannya itu daripada menjadi mangsa dengan membuat ‘bulatan pelindung’.

Drama menjadi semakin hebat apabila seekor lagi penguin Adélie yang digelar ‘penguin paling bersemangat di dunia’ telah berlari untuk menyertai misi penyelamatan itu.

Nama asal Adélie diperoleh daripada seorang penjelajah Antartik dari Perancis iaitu Jules Dumont d’Urville. Jules telah menemui spesies ini pada tahun 1840 dan menamakannya sempena nama isteri tercinta, Adéle. Nama saintifik bagi penguin Adélie adalah Pygoscelis adeliae yang membawa maksud berekor berus.

Penguin ini dengan beraninya telah berhadapan dengan anak penguin itu untuk melindungi haiwan lain daripada dimakan.

Tidak mahu berhadapan dengan masalah besar, burung berkenaan akhirnya menyerah kalah dan segera terbang meninggalkan kawasan tersebut.

Terima kasih di atas jasa penguin Adélie, kumpulan anak penguin itu kini berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang ancaman. Kesemua mereka kemudiannya berlalu pergi seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Sumber: HappiestBBC/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds